Saturday, December 28, 2024

Creating liberating content

Perogol Bersiri Potong Organ...

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya...

Tingkat Kawalan Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran...

PH Tiada Hala Tuju...

REMBAU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kecewa dengan...

Polis Pulau Pinang Tahan...

BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang menahan lima lelaki yang dipercayai anggota geng...

Toys ‘R’ Us Tutup Ratusan Kedai Akibat Jualan ‘Online’

WASHINGTON DC – Syarikat peruncit mainan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Toys ‘R’ Us, mengumumkan rancangan penutupan sejumlah 182 cawangannya di seluruh negara berkenaan.

Ini memandangkan lebih banyak pembeli ketika ini lebih cenderung membeli-belah produk dalam talian berbanding datang ke kedai mereka. Pelan penutupan itu juga adalah sebahagian daripada usaha penyusunan semula syarikat.

“Penambahbaikan jenama kami memerlukan kami membuat keputusan yang sukar mengenai keutamaan dan fokus bisnes kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Brandon dalam memo kepada pelanggannya.

“Tindakan kami terpaksa ambil ini adalah perlu untuk memberi pihak Toys ‘R’ Us peluang terbaik untuk muncul dari prosiding kebankrapan sebagai sebuah syarikat yang lebih berdaya maju dan kekal kompetitif,” jelas beliau.

Ditubuhkan sejak 1948, Toys ‘R’ Us kini ada kira-kira 866 kedai di AS. Syarikat itu memfailkan notis muflis pada 18 September tahun lalu selepas mendedahkan ia dibebani dengan tunggakan hutang AS$5 bilion (RM19 bilion).

Dengan semakin banyak orang terutama ibu bapa generasi muda lebih suka membeli-belah dalam talian yang jimat masa dan tenaga, ratusan cawangan Toys ‘R’ Us bergelut dengan kesukaran beberapa tahun kebelakangan ini.


Operasi di luar AS meliputi 750 kedai dan 245 premis berlesen di 37 buah negara merupakan entiti yang berasingan serta bukan sebahagian daripada prosiding bankrap Bab 11 dan prosiding CCAA, kata kenyataan Toys ‘R’ Us lagi.

Pemfailan muflis tersebut adalah antara kes yang terbesar pernah dialami oleh operator peruncit khusus dalam sejarah AS, sekali gus menggugat masa depan hampir 64,000 pekerja syarikat berpangkalan di New Jersey itu.

Gergasi rangkaian runcit, termasuk Macy’s, Sears dan JCPenny, malahan melakukan penutupan beratus-ratus premis mereka di AS dan seluruh dunia sepanjang tahun lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori