Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

72 Laporan Polis Isu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan calon Parti...

5 Kelebihan Lesung Pipit,...

"BETUL ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je.. Sebab lesung...

Rihanna Terima Anugerah Daripada...

TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Umbrella, Rihanna yang dikhabarkan bakal menerima anugerah kemanusiaan...

Tindakan Tun Dr Mahathir...

SUNGAI BESAR (Selangor) - Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri...

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan Kuasa

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu untuk kali pertama, duduk bersebelahan dan mengikis perseteruan mereka semasa kempen pilihan raya panjang bagi membincangkan proses peralihan kuasa pada 20 Januari ini.

Pertemuan selama 90 minit di Pejabat Oval, Rumah Putih itu berlangsung empat mata tanpa ditemani sesiapa, hari kedua selepas Trump sebagai calon Republikan memenangi pilihan raya menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Obama, yang membantu kempen untuk Hillary meneruskan penguasaan Demokrat, beberapa kali menegaskan bahawa Trump tidak layak untuk ke Rumah Putih, manakala Trump menuduh Obama yang berkuasa selama lapan tahun sebagai ‘bencana’ kepada AS.

Namun, dalam ucapan selepas berakhirnya pemilihan kelmarin, kedua-duanya tampil meminta semua pihak agar melupakan segala kepahitan semasa berkempen sehingga membawa kedua-duanya berbincang di Rumah Putih.

Duduk bersebelahan Obama selepas perbincangan mereka, Trump memberitahu pemberita: “Kami berbincang dengan serius mengenai banyak perkara dan keadaan, sesetengahnya manis, ada yang sukar.”


Beliau berkata, Obama menjelaskannya kepadanya beberapa perkara yang hebat yang telah dicapai namun Trump tidak menghuraikannya.

“Ia satu penghormatan yang tinggi dapat bersama anda dan di masa depan saya dan anda mempunyai lebih masa bersama lagi,” kata Trump dalam nada yang berlainan. - REUTERS/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori