Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Lisa Surihani Takut Tengok...

ANTARA cabaran yang harus digalas seseorang bergelar pelakon ialah mereka perlu melakonkan pelbagai...

PPSB Akan Perbesar Terminal...

GEORGE TOWN - Penang Port Sdn Bhd (PPSB) merancang memperbesar Terminal Kapal...

Wanita Ini Sanggup Jadi...

DI SEBALIK kontroversi yang sering dicetuskan blogger seks Alvin Tan, ada juga gadis...

Tok Sidang ‘Kantoi’ Jual...

PARIT - Taktik licik seorang ketua kampung menyimpan mercun dan rokok seludup di...

Tuduhan Jata Sultan Pahang Asal Dewa Hindu Dinafi

SANGKAL… Seorang pendakwah bebas mualaf terkenal, Firdaus Wong mengulas isu tular dalam media sosial mengenai simbol cogan jata Sultan Pahang kononnya berasal dari Dewa Murugan.

Berikut merupakan beliau penjelasan mengenai perkara itu bagi jawab dakwaan pihak tidak bertanggungjawab dari kalangan penganut Hindu konon lambang tersebut berasal dari salah satu tuhan yang disembah mereka:

Saya mendapat sebaran berkenaan bentuk cogan Jata Negeri Pahang yang dikaitkan dengan Hindu. Klaim ini telah tersebar dalam kalangan sebahagian masyarakat Hindu di Malaysia.

Mereka dakwa simbol ini diambil dari simbol senjata Vel dewa Murugan, iaitu dewa terkenal disembah masyarakat Tamil di Malaysia, dia merupakan anak kepada dewa Siva dan saudara kepada dewa Ganesha (berkepala gajah).

Di kuil Batu Caves, Selangor, ada patung Murugan yang paling besar di rantau Asia Tenggara. Yang jadi dakwaan segelintir masyarakat Hindu itu adalah senjata di tangan Murugan tersebut.

Kononnya ia merupakan simbol dewa mereka yang kemudian turut diangkat ke dalam Istana Pahang. Ada beberapa perkara yang perlu diteliti terlebih dahulu daripada klaim tersebut.

1) Simbol dikatakan ‘Vel Murugan’ yang jadi simbol Jata negeri Pahang itu bukanlah seperti didakwa sebahagian penganut Hindu. Ini kerana simbol Jata Pahang tersebut merupakan cogan yang diambil dari bentuk daun kopi.

Mata cogan berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk ambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi.

Oleh itu, simbol tersebut bukanlah diambil dari elemen kehinduan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Boleh rujuk di sini (nota kaki).

2) Jika dikatakan senjata ‘Vel Murugan’ adalah simbol yang mempengaruhi kebudayaan masyarakat Melayu yang dahulunya beragama Hindu, maka hujah ini pun masih tidak relevan sama sekali.

Jika dilihat sejarah, masyarakat Melayu Hindu dahulu tidak pernah mengangkat Murugan sebagai dewa tertinggi untuk disembah. Orang Melayu terdahulu lebih terkesan dari aliran Vaishnavisme (penyembahan Vishnu).

Sebab itu hikayat terkenal yang tersebar di alam Melayu adalah Ramayana dan Mahabharata yang berkaitan dengan avatar dewa Vishnu yang pernah menjelma sebagai Dewa Rama dan Krishna.

Begitu juga dengan imej burung seperti Garuda, Petalawati, Petala Indera, dan Gagak Sura semua itu adalah pengaruh di dalam aliran Vishnu dan bukan aliran Siva (dan keluarga termasuk Murugan).


3) Aliran penyembah Murugan atau dikenali sebagai aliran Kaumaram hanya disembah oleh masyarakat selatan India (Tamil) sahaja. Manakala Hindu di utara India, Nepal dan Bali pula mereka tidak menyembah Murugan.

Oleh kerana yang berada di Malaysia sekarang ini adalah majoriti dari masyarakat Selatan India (Tamil) yang berhijrah ke Tanah Melayu, dari titik itu barulah bermula penyembahan Murugan masuk ke negara ini.

Sebelum ini masyarakat Melayu tidak pernah mengenal dewa Murugan.

4) Jika klaim semudah itu diguna pakai untuk dakwa simbol ini ciplak atau terpengaruh dari dewa Murugan sebab ada sedikit persamaan bentuk, maka adakah relevan jika orang mengatakan senjata syaitan yang sering diimejkan memiliki lembing bermata tiga (trisula) itu adalah pengaruh dari dewa Siva yang turut ada lembing yang sama?

Mengapakah mereka tidak pula dakwa dewa laut Poseidon dan Aquaman yang popular di dalam siri Komik DC itu juga pengaruh dari Siva disebabkan secara kebetulan memiliki trisula tersebut?

Sudah tentu kami tidak akan memainkan klaim ini kerana ia memiliki latar belakang yang berbeza. Begitu juga dalam soal Jata Kesultanan Negeri Pahang yang kononnya dikaitkan dengan Murugan ini.

Kesimpulan

Sebagai masyarakat yang mengangkat nilai intelektual, adalah penting kita kembali melihat sejarah dan tidak mudah membuat klaim yang tidak berasas terutama hal melibatkan soal agama.

Jika hal itu terbukti dari sudut fakta dan sejarah, maka ia boleh dipentaskan untuk dinilai secara ilmiah dan berhikmah. Semoga Allah menanam nilai keharmonian ke dalam masyarakat Malaysia. Amin… – Agensi

Kategori