Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Tahanan Reman Mati Tergantung...

IPOH - Seorang tahanan reman lelaki, ditemukan mati dalam keadaan tergantung di dalam...

Bayaran Balik Cukai Terlebih...

BANGI - Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga...

MCA Dijangka Adakan Perhimpunan...

JOHOR BAHRU - MCA dijangka mengadakan perhimpunan raksasa di kawasan Parlimen Ayer Hitam...

Politik Kebencian & Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Politik perpecahan dan kebencian yang berpaksikan amalan memfitnah, mencaci maki...

Tudung Bawal Paling Mahal Di Dunia

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive hari ini menyerahkan tudung bernilai RM50,000 kepada pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih.

Tudung tersebut akan dihantar kepada seorang pelanggan butik tersebut, ahli perniagaan wanita berumur 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Ini sekali gus menjadikan tudung itu sebagai tudung termahal pernah dihasilkan di dunia, memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 pada tahun lalu.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut dihasilkan sepenuhnya di Austria.

“Tudung ini diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’ sesuai dengan personaliti pemiliknya dan ia mengambil masa selama tiga bulan bermula dari tempahan sehingga menyiapkan produk akhir.


“Lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang kita gunakan. Harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Kategori