Thursday, January 2, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Ahli Politik...

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat pembabitan ahli politik di dalam sindiket 'cuci...

Buka Peluang Kepada Anak...

SHAH ALAM - Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan...

Selepas 35 Tahun, Coke...

NEW YORK – Setelah berada di pasaran lebih 35 tahun, Coke Diet melakukan...

Wanita Warga Emas Hilang...

KAPIT – Seorang wanita warga emas berusia 77 tahun yang dilaporkan gagal kembali...

Tudung Duck Berharga RM2,500 Laris

KUALA LUMPUR – Jenama tudung premium tempatan, Duck bagi edisi The Luxe Chiffon Lace yang ditawarkan pada harga RM2,500 sehelai habis terjual dalam tempoh sehari.

Menurut laporan sebuah blog tempatan, RojakDaily, tudung edisi tersebut dikeluarkan dalam beberapa warna pastel dan empat daripadanya habis terjual pada pukul 7.30 pagi, Jumaat lalu.

“The Luxe Chiffon Lace Duck adalah tudung edisi terhad dan bahan yang digunakan dipercayai telah dihasilkan secara teliti dengan tatapan lebih daripada 1,300 kristal xirius rose Swarovski buatan Austria.

“Tudung itu turut dilengkapi dengan sempadan renda yang mewah selain harganya yang dikatakan terlalu mahal adalah kerana menggunakan kristal yang paling cemerlang daripada Swarovski,” menurut blog itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori