Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Lucah Mirip Menteri...

KUALA LUMPUR - Selepas penafian sekeras-kerasnya tuduhan fitnah yang bersifat jahat berhubung rakaman...

Norza Kecewa Gagal Pertahan...

GOLD COAST - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria...

Tol Percuma Empat Hari...

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan pemberian tol percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat...

Bunuh Diri Padah Putus...

BEIJING - Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan membuka pintu kecemasan di dalam pesawat...

Tujuh Lemas Di Selangor Sejak Sabtu

SHAH ALAM: Seramai tujuh mangsa banjir dilaporkan lemas di Selangor sepanjang bencana alam itu melanda sejak kelmarin.

Kesemua individu berusia 30 hingga 40-an itu melibatkan enam lelaki termasuk seorang yang masih hilang.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan direkodkan pihaknya sehingga pukul 2 petang tadi.

Katanya, kejadian lemas itu melibatkan tiga mangsa di Taman Sri Muda di sini, Sepang (dua) dan satu di Sungai Pinang, Klang dan Bandar Seri Coalfields, Kuala Selangor.

“Enam lelaki berkenaan sudah ditemui lemas oleh pasukan bomba di sekitar lokasi kejadian manakala, seorang lagi mangsa masih hilang di Sungai Pinang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, seorang wanita turut meninggal dunia namun ditemui di sebuah rumah yang terjejas banjir di Taman Sri Muda.


Dalam kejadian terbaru, tiga lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai lemas di Taman Sri Muda, hari ini.

Malam tadi, seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui selepas banjir surut di Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22, di sini.

Terdahulu, seorang lelaki ditemukan lemas selepas cuba menyelamatkan diri daripada lori dipandunya yang dinaiki air di Bandar Seri Coalfield, Kuala Selangor pada pukul 5.10 petang hari sama.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori