Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Polis Mati Tertembak: 3...

SIBU - Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu...

Duit KWSP, Duit Rakyat...

SHAH ALAM - Ramai rakyat meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat...

Nekad Rempuh Cermin Depan,...

SEORANG lelaki cedera parah dan tersangkut di cermin penghadang angin sebuah bas setelah...

Kerajaan Belanjakan RM4.3 Juta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya RM4.3 juta untuk melakukan saringan koronavirus (Covid-19)...

Tulisan Khat Diperkenalkan Di SJK Sejak 2014

KUALA LUMPUR – Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 pada tahun hadapan adalah hasil pengkonsepsian Kurikulum Sekolah Rendah pada tahun 2014.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata ia juga telah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembinaan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2 pada 2016-2017.

“Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) melibatkan pengenalan tulisan khat ini telah mengambil masa sejak tahun 2014 lagi.

“Usaha ini juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.

Kementerian turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu berkenaan sekali gus menunjukkan agenda pendidikan sentiasa mendapat perhatian semua.

Kategori