Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Uniform Pramugari VietJet...

Kisah syarikat penerbangan menggunakan uniform pramugari yang ketat dan singkat untuk menarik perhatian...

DAP Tak Pedulikan Rakyat...

KUALA LUMPUR – Gerakan hari ini menempelak kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana...

PAS Tidak Pernah Setuju...

KUALA LUMPUR - "Amat mengagumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh...

Lelaki Ancam Masjid Kena...

WASHINGTON - Seorang lelaki di Carolina Utara dikenakan perintah tahanan dalam rumah selama...

Tun Abdullah Ayub Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal hari ini.

Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi BERNAMA.

“Tun dimasukkan ke IJN 4 Disember lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).

“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Abdullah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Januari 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Januari 1981. – BERNAMA

Kategori