Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Geng Letup ATM Direman...

KUALA TERENGGANU - Lima lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas...

RM1.271 Juta Dicuri Daripada...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM)...

Tiada Varian Mu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Tiada varian Mu Covid-19 dikesan daripada sampel-sampel yang diambil di...

TNB Tidak Pernah Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak pernah memberi pengiktirafan kepada mana-mana...

Tun Juhar Dilantik YDP Negeri Sabah Bagi Penggal Ke-3

KUALA LUMPUR — Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Juhar Mahiruddin sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal ketiga bermula 1 Januari 2019.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tun Juhar, 65 sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011 menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah dan seterusnya dilantik menjawat jawatan sama bagi penggal kedua pada 1 Jan 2015.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah yang selama ini dihadkan kepada dua penggal.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England pernah menyandang jawatan selaku Speaker DUN Sabah sejak 2002 hingga 2010 dan juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari 1990 hingga 1999. – BERNAMA

Kategori