Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jauhi Fitnah Dalam Rawatan:...

Sepanjang menjadi penjaga kolum tulisan Datuk Dr. Haron Din di Mingguan Malaysia sekitar...

Berita Palsu: Salleh Bidas...

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah...

Kes Denggi Di P.Pinang...

GEORGETOWN - Kes denggi di Pulau Pinang meningkat sehingga 171.26 peratus dengan 2,558...

Tiada Lagi Tebang Pokok,...

RAUB - Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengeluarkan perintah mutlak bahawa tiada...

Tunku Tun Aminah, Dennis Selamat Diijab Kabul

JOHOR BAHRU – Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene di sini dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor, sebentar tadi.

Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dikongsi sehingga lebih 5,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuat naik sejam lalu.

Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini.

Tunku Tun Aminah yang diputerikan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. – BH Online

Kategori