TV3 Tunda Debat Rahman Vs LGE Akur Nasihat PDRM, SPRM

KUALA LUMPUR – Stesen popular TV3 telah memutuskan untuk menunda program siaran langsung perdebatan antara Datuk Abdul Rahman Dahlan menentang Lim Guan Eng yang sepatutnya dijadualkan pada Selasa depan.

Ia hasil susulan nasihat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki sendiri yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Keputusan terbaharu itu dimaklumkan menerusi kenyataan khas oleh Pengarah Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ashraf Abdullah Ahad pada Sabtu.

“Langkah ini dilakukan setelah mengambil kira segala panduan nasihat daripada YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki.

“Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda debat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Pihak TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Datuk Azam bahawa debat ini mungkin akan mengganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan banglo milik Guan Eng di Pulau Pinang.


“Justeru program debat tersebut yang dijadualkan ke udara secara langsung pada pukul 9 malam 19 April 2016 ini ditunda sehingga kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata Ashraf dalam satu kenyataan media.

Khalid terdahulu dilaporkan berkata jika Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) ada sebarang bukti mengenai kes itu, ia sepatutnya diserah kepada pihak polis atau SPRM secepat mungkin untuk disiasat.

Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima Berhad sebelum ini menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Guan Eng mengenai isu itu di saluran masing-masing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Polis Minta Stesen TV Henti Siar Debat LGE – Rahman

Juga: Kenapa SPRM ‘Lembab’ Siasat Skandal Hartanah LGE?

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...