Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kajian Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong...

Jemaah Solat Jumaat Masjid...

KUALA LUMPUR - Bilangan jemaah solat Jumaat bagi masjid di Wilayah Persekutuan Kuala...

Polis Tahan Sepasang Suami...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dipercayai mengedar dadah jenis ganja ditahan dalam...

Wanita Bertudung Jual Nasi...

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir,...

UKM Arah Abdul Muein Tidak Menulis Isu Politik Sensitif

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengarahkan Pensyarah Sains Politik, Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis sebarang isu politik yang sensitif.

Menurut Abdul Muein, beliau akur sepenuhnya dengan arahan itu walaupun sedih dan terkilan kerana tidak lagi berpeluang menyumbang pandangan kritis kepada pentadbiran negara.

“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini telah memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah – sebelum adanya campur tangan seorang Penasihat Perdana Menteri tempoh hari,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah Abdul Muein, beliau telah berkhidmat di universiti tersebut lebih 10 tahun bermula sebagai pembantu penyelidik dan tidak pernah mana-mana pihak menuduhnya seperti baru-baru ini.

“Tidak pernah ada pihak yang kalah berhujah fakta dengan saya bertindak menuduh yang bukan-bukan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM sebegini rupa.

“Untuk ini, saya mohon sepenuh kemaafan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM kerana telah dilibatkan dalam hal ini,” katanya.

Tegas beliau, tugas Pensyarah Sains Politik seperti doktor kesihatan iaitu keutamaan bukan untuk maklumkan mana anggota tubuh pesakit yang sihat dan normal, sebaliknya untuk memberi amaran apakah penyakit dan masalah yang dihadapi seseorang pesakit.

“Begitulah keutamaan tugas Pensyarah Sains Politik: untuk maklumkan apa risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan


“Berkenaan penulisan saya tempoh hari pula, saya menulis sepenuhnya berdasarkan laporan rasmi dan berkredibiliti, yang telah pun saya buktikan satu-persatu, bukannya dari sumber fitnah atau pun rekaan seperti tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini,” katanya.

Pada 2 Julai lalu, Abdul Muein telah memuat naik status yang mendedahkan laporan eksklusif: 400 hari Pakatan jual lebih RM20 bilion aset negara.

Dalam status itu, beliau menyenaraikan penjualan pelaburan Khazanah termasuk penjualan syarikat insurans Turki Acibadem Sigort; Axiata milik syarikat telco M1 kepada Singapura; saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan saham CIMB.

Statusnya itu kemudian mendapat kecaman daripada Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga penasihat media kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin yang menyifatkan Abdul Muein melakukan fitnah.

“Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka,” tulis A. Kadir yang juga Tokoh Wartawan Negara itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori