Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bantu Usaha SPRM, Sejuta...

PUTRAJAYA - PAS akan menggerakkan lebih sejuta anggotanya menjadi Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) sebagai menyokong...

Salleh Beramah Mesra Dengan...

JOHOR BAHRU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

FIFA Iktiraf Padang Bola...

KUALA LUMPUR - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang...

Buktikan PN Dapat Dana...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengemukakan bukti yang...

Peringati Kelahiran, Google Guna Doodle P. Ramlee

GOOGLE Malaysia memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan meletakkan doodle imej seniman lagenda itu di laman enjin carian popular tersebut hari ini.

Doodle itu adalah sebagai satu penghormatan bagi memperingati ulang tahun kelahiran Allahyarham yang dilahirkan pada 22 Mac 1929.

Imej itu menunjukkan P. Ramlee duduk di kerusi pengarah dengan nota muzik di tangan dan gitar di sisinya menggambarkan kerjaya hebat beliau sebagai pengarah, pelakon dan penyanyi pada zaman kegemilangannya.

Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni, P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih sudah berlakon dalam lebih 60 buah filem dan mencipta lebih 250 lagu yang sebahagiannya malar hijau dan masih didengari peminat setianya.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, ketika berusia 44 tahun, akibat serangan jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.


Doodle itu memaparkan imej Allahyarham yang cukup diingati ramai, iaitu bermisai nipis, tampil segak dengan sut kotak-kotak dengan kepalanya sedikit lentok ke tepi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori