Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Netizen Tanya Bila Nak...

KEINDAHAN cinta pasangan bahagia, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sering menjadi perhatian dalam...

Lawatan TPM Di Dungun...

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat dua...

Qu Puteh Whitening Pro...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro...

Peringatan.. Sila Simpan Rokok...

BAGI mengelakkan kejadian yang tidak diingini, Malaysia Airlines kini tidak lagi membenarkan mana-mana...

UMNO Hormat Keputusan PAS Pilih Logo PN Di PRN Melaka

KUALA LUMPUR – UMNO menghormati keputusan PAS memilih logo Perikatan Nasional untuk dipakai pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Jika itu yang diputuskan PAS, kami dalam Umno menghormatinya,” kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan seperti dipetik dalam laporan The Star.

Mohamad juga merupakan pengarah pilihan raya Umno untuk PRN pada 20 Nov ini.

Mohamad juga dipetik berkata pakatan Muafakat Nasional Umno dengan PAS kekal utuh meski dengan keputusan terbaru itu.

Umno pada mulanya berharap PAS akan meninggalkan PN dan memihak kepada pakatan pilihan raya dengannya.

Pemimpin BN itu telah menyatakan dengan jelas pendiriannya menentang bekerjasama dengan PN yang diterajui Bersatu.

Walaupun berpihak kepada PN kali ini, seorang pemimpin kanan PAS semalam mencadangkan cara untuk parti mereka bekerjasama dengan Umno dan Bersatu.


Umno tidak akan memutuskan hubungan

Timbalan Pengerusi Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad juga berkata Umno tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS berhubung keputusan itu.

“Umno tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS.

“Mungkin kita tidak tahu mengapa ia memutuskan untuk mengambil langkah itu (menggunakan logo PN) tetapi kita percaya semua ahli PAS juga berharap untuk mencari titik pertemuan yang baik antara PAS dan Umno dalam memastikan kesejahteraan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini,” katanya, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita milik kerajaan, Bernama.

Mohamad Ali juga seorang senator dan timbalan presiden Dewan Negara.

Hari penamaan calon ialah Isnin depan (8 Nov).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori