• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Tarik Sokongan Di Johor? Silalah…

oleh Iklan
12/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pemimpin veteran Umno kelihatan mencabar Bersatu bertindak menarik sokongan mereka kepada Menteri Besar Johor selepas isu mengenai pertembungan di antara kedua-dua parti disentuh Muhyiddin Yassin malam tadi.

Bekas menteri Shahrir Samad berkata ada sebab mengapa pemimpin Umno yang menjadi menteri besar di Johor sekarang dan ia “mudah” untuk dijelaskan.

“Jawapannya mudah,” katanya.

Tambah Shahrir lagi, hal itu berlaku apabila dua Adun Bersatu yang dilantik mengetuai kerajaan negeri terbabit sebelum ini dirasakan tidak layak berada di situ.

“Kalau ada yang layak dalam kalangan Adun Bersatu, tentu tidak terlepas jawatan (menteri besar) itu kepada Umno/BN,” katanya.

Lepas Dicabar, Muhyiddin Gelar Shahrir ‘Bodoh’

Shahrir yang juga bekas ahli parlimen Johor Bahru berkata demikian di media sosial sebagai mengulas ucapan Muhyiddin di majlis Perikatan Nasional di Shah Alam malam tadi.

Semasa menyampaikan ucapan tersebut, presiden Bersatu itu mendakwa Umno adalah parti yang mementingkan diri sendiri walaupun ketika rakyat berdepan dengan ancaman Covid-19.

Dia kemudian mengukuhkan dakwaan berkenaan dengan mengaitkannya dengan gerakan Umno menyingkirkan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan menteri besar Perak pada 5 Dis 2020.

Hormat mandat rakyat

Muhyiddin juga memetik peristiwa bagaimana dia kehilangan sokongan majoriti selepas sebahagian ahli parlimen Umno membatalkan sokongan mereka kepadanya di Dewan Rakyat.

Kata ahli parlimen Pagoh itu lagi, dia sebenarnya boleh membalas tindakan Umno berkenaan – jika mahu – di Johor dengan mengarahkan hanya dua daripada Adun mereka menarik balik sokongan daripada menteri besar Hasni Mohammad.

Jika langkah itu diambil, kata Muhyiddin, kerajaan Umno di Johor akan tumbang.

“Tetapi saya tidak mahu bertindak bodoh dan berniat tidak baik untuk menimbulkan masalah yang sama di Johor.

“Bukan kerana ia negeri saya tetapi untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat,” tambah Muhyiddin.

Untuk rekod selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai Johor, gabungan berkenaan melantik Adun Kempas, Osman Sapian, menjadi menteri besar namun dia digantikan dengan Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong) hanya kira-kira 11 bulan kemudian.

Selepas PH dijatuhkan, pakatan BN-Perikatan Nasional (PN) kemudian melantik Hasni (Adun Benut) menjadi menteri besar.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan BN-PN menguasai 29 kerusi manakala PH 27 kerusi.

Menurut Shahrir, Umno di Johor memang menghormati suara rakyat.

“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN (pilihan raya negeri) di Johor?

“Silalah. Umno Johor tetap bersedia. Kami tetap menghormati mandat rakyat,” katanya.

Tags: PRN Melakashahrir ab samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Sakit, Perbicaraan Kes Shahrir Ditangguhkan

Saksi Sakit, Perbicaraan Kes Shahrir Ditangguhkan

15/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil...

Di Peringkat Mana Orang Mula Simpati Pada Najib?

22/04/2022
0

Berikut adalah petikan pada FB Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad. Tajuk rencana adalah pada admin Mynewshub dan bukannya Shahrir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd