UMNO Sedia Hadapi PRN Johor

KUALA LUMPUR: UMNO bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam waktu terdekat, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, jentera pilihan raya UMNO di Johor juga bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku PRN Johor jika desas-desus mengenainya menjadi kenyataan.

“Kesiapsiagaan jentera kita adalah dengan melakukan pendekatan operasi di beberapa tempat serta dilihat menerusi kejayaan beberapa PRN lalu.

“Bukan sesuatu di luar kebiasaan PRN Johor untuk kami menyertainya,” katanya ketika ditanya mengenai kesediaan UMNO bertanding PRN Johor.

Terdahulu, Ahmad Zahid menerima memorandum ‘Notice of Liability’, bantahan terhadap Akta 342 daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...