Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kantoi! 13 Sekeluarga ‘Kebas’...

'HABUAN' yang diperoleh 24 individu termasuk 13 sekeluarga selepas mencuri RM36 juta daripada...

Mahkamah Keluar Waran Tangkap...

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke...

KAFA Umum Ketua Jurulatih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melantik ketua jurulatih baharu...

Pesakit Covid-19 Trauma Akibat...

KUALA LUMPUR - Setiap kali terbaca mengenai identiti pesakit Covid-19 yang didedah dan...

Unfollow Instagram, Sufian Nafi Gaduh Dengan Elfira

DAH agak lama rasanya kita tidak dengar perkembangan hubungan pasangan sama cantik sama padan, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ini, kan?

Baru-baru ini, peminat ‘disajikan’ dengan ura-ura yang mengatakan pasangan ini dilihat sudah tidak lagi follow akaun Instagram masing-masing. Eh? kenapa agaknya tu? Bergaduh ke?

Ekoran insiden itu, haaa… ramailah mak cik bawang kat luar sana yang mula mengesyaki bahawa pasangan ini mempunyai masalah dalam perhubungan mereka. Fuhhh…

Bagaimanapun, Sufian dikatakan menafikan dakwaan berkenaan dan tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut Sufian, dia dan Elfira tidak mengikuti akaun Instagram di antara satu sama lain adalah disebabkan oleh masalah teknikal.

Dalam pada itu, Sufian turut berkata, hubungan antara mereka masih baik-baik sahaja dan tiada sebarang permasalahan mahupun pertelingkahan yang berlaku.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow.

“Dah banyak kali kami cuba untuk ikuti semula namun tidak berhasil, Saya tidak tahu macam mana mereka atau Instagram boleh buat macam itu,” kata Sufian dipetik mStar Online.


Sementara itu, Sufian turut mengakui bahawa hubungan pertunangannya sering sahaja dilanda ujian yang mana berpunca daripada orang sekeliling.

“Saya dan Elfira masih lagi baik dan tidak ada apa-apa masalah. Walaupun kami dah lama tidak berjumpa tapi setiap hari berhubungan menerusi telefon.

” Memang saya akui kami ada melalui ujian pertunangan seperti orang lain. Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira.

“Tapi daripada orang di sekeliling kami sendiri. Saya harap semua doa yang baik-baik buat kami berdua,” ujarnya.

Alahai, sabar je lah ya Sufian. Fenomena makcik bawang dalam masyarakat kita ni dah sebati. Apapun, Mynewshub mendoakan agar hubungan kalian sentiasa baik-baik sahaja ya! Insha-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori