Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Cadangan Cuti Paterniti 7...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia bercadang membentangkan permohonan bagi cuti paterniti (cuti...

VIDEO: Gaya Memandu ‘Terhebat’.....

SELAIN  India yang sentiasa kelam-kabut dengan cara pemanduan mereka di jalan raya, Malaysia juga...

Lebih 30 Mayat Hangus...

BANGKOK : Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui rentung dalam kenderaan yang dibakar, dalam serangan...

Kematian Akibat MERS Di...

SEOUL - Dua lagi penghidap virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) meninggal menjadikan...

Universiti Indonesia Iktiraf Anwar ‘Bapa Reformasi Malaysia’

KUALA LUMPUR – Bakal Perdana Menteri ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menerima penganugerahan tertinggi Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia pada 29 Oktober 2018.

Universiti tersohor di Indonesia itu akan menganugerahkan gelaran doktor kehormatan Dr. Honoris Causa (HC) bidang politik pendidikan.

Lebih menarik, UNP memaklumkan telah membuat persiapan rapi bagi menyambut kedatangan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu sebagai Bapa Reformasi Malaysia.

Ketua Perwakilan Gubernur Sumatera Barat dan Universitas Negeri Padang di Malaysia, Prof. Datuk Sri Dr. Alex Ong berkata, penganugerahan itu bagi menghargai ketokohan Anwar serta meningkatkan lagi hubungan Malaysia dan Sumatera barat.

“Ia khususnya dalam bidang pendidikan dan juga pertumbuhan ekonomi se-sumatera barat. Malahan bukan itu saja, ramai orang minang memang ingin kenal dengan lebih dekat dengan Anwar kerana selama ini hanya lihat dalam kaca TV dan akhbar sahaja.

“Ternyata kunjungan Anwar ke ranah minang adalah merupakan kali pertama dan sangat diharapkan oleh warga minangkabau serta merupakan suatu kebanggaan kepada kami semua di UNP,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Alex Ong berkata, Gabenor Sumatera Barat, Prof. Datuk Seri Dr. Irwan Prayitno juga amat mengalu-alukan kehadiran Anwar ke ranah minang dan pemerintah sumatera barat sedang membuat persiapan yang baik bagi menyambut kedatangan beliau.

Menurut beliau, beberapa jadual telah disiapkan untuk menyambut ketibaan Anwar dengan majlis besar-besaran.

“Gelaran Dr. (HC) pernah diberikan kepada Presiden Wanita Indonesia pertama, Megawati Soekarnoputri yang juga merupakan Presiden Republik Indonesia kelima,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori