Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah...

KUALA LUMPUR - Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar...

10 Anggota TLDM Diberhentikan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah...

Pembantu Rumah Didera Bekerja...

BUKIT MERTAJAM - Pembantu rumah warga Indonesia yang mati dipercayai akibat didera majikannya...

“Yang Ada Jual, Lama-Lama...

KUALA LUMPUR - Melihat situasi terkini, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa...

Urus Lengkapkan Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan Paling Terjejas

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menyifatkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) sebagai melengkapkan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan paling terjejas sejajar dengan pembukaan semula ekonomi, pemulihan negara serta langkah mengurangkan kesan jangka panjang yang berkekalan terhadap ekonomi negara.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kementerian turut menyambut baik Urus yang merupakan program bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan dirangka secara bersama oleh sektor perbankan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Secara keseluruhan, bank-bank dianggarkan memperuntukkan sebanyak RM1.0 bilion bagi membiayai kos program ini. Permohonon untuk program ini akan dibuka dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022

“Program Urus akan dikelolakan oleh AKPK yang juga akan memberi bantuan pelan kewangan peribadi serta akses kepada pakej pendidikan pengurusan kewangan kepada peminjam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Urus ditawarkan kepada peminjam dalam kumpulan 50 peratus terbawah (B50) iaitu yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM5,880 atau lebih rendah dan manfaatnya merangkumi pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan dan pengurangan kadar faedah.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Menurut Tengku Zafrul, Urus akan membantu peminjam secara komprehensif dan memastikan mereka yang memerlukan mendapat sokongan kerajaan konsisten dengan semangat Keluarga Malaysia.


Peminjam yang tidak layak mendapatkan bantuan di bawah program Urus namun masih memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman, boleh terus menghubungi bank masing-masing untuk membincangkan pilihan bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka, jelas beliau.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah-kaedah lain untuk membantu golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan diumumkan dalam Bajet 2022.

“Bagi membantu aliran tunai segmen PKS yang terjejas, BNM telah menperuntukkan lebih daripada RM7.0 bilion melalui fasiliti pembiayaan yang disalurkan menerusi bank-bank komersial sebagai pinjaman untuk modal kerja, perbelanjaan modal dan membiayai semula pinjaman.

“Untuk memudahkan lagi pinjaman daripada bank-bank, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan telah memperuntukkan jaminan tambahan sebanyak RM20 bilion di bawah pakej bantuan Pemulih bagi menjamin 80 peratus pinjaman yang diambil oleh pihak PKS,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, pakej bantuan seperti Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan (Pemulih) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) turut menyediakan inisiatif seperti geran dan pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat Covid-19. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori