Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

TMJ Akui Silap Mohon...

KUALA LUMPUR - "Saya bertanggungjawab atas permulaan musim (Liga Malaysia 2017) yang tidak...

Sharnaaz Ahmad Sound Tepat...

KEWUJUDAN buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz atau...

3 Remaja Ditahan Bersama...

GEORGE TOWN - Polis menahan tiga remaja lelaki bersama 20 biji pil eramin...

Adakah Proses Pemutihan Keputusan...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata...

Usul Tambah Baik Hukuman Rotan Pelajar Di PBM

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM), yang bersidang buat kali pertama bagi penggal 2017-2018, bermula hari ini dengan pembentangan usul cadangan menambah baik pelaksanaan hukuman rotan sebagai satu bentuk hukuman kepada pelajar sekolah.

Cadangan itu dikemukakan anggota jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya, R. Nanthakumar (Perak).

Selain itu, tiga lagi usul akan dibahaskan iaitu usul tindakan sekatan ekonomi melalui larangan perdagangan minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah, usul mewujudkan Akta Gangguan Seksual dan usul menambah baik polisi pemilikan rumah serta hartanah untuk golongan belia.

Persidangan itu, yang disertai 125 Anggota Parlimen Belia Malaysia (APBM), dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said. Turut hadir Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Dalam ucapannya, Ismail berharap persidangan itu berjalan lancar selain menyerlahkan potensi belia sebagai pewaris pemimpin negara.

Beliau juga meminta mereka berbahas dengan bijak dan matang serta mengemukakan idea-idea bernas berhubung isu-isu semasa perbahasan.

Semua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan ini akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.


Penggulungan perbahasan djadualkan pada 5 petang esok oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Parlimen Belia adalah inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013. Antara lain, ia bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia iaitu Pendidikan dan Kerjaya; Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan; Keselamatan, Undang-Undang dan Integriti; Prasarana, Pembangunan dan Alam Sekitar; Sosio-Ekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Kerohanian dan Keagamaan serta Teknologi dan Inivasi. – BERNAMA

Kategori