Saturday, December 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Mengalah Pada Ketentuan...

KISAH putus ikatan pertunangan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy masih...

Masa Dah Cukup, Kang...

KUALA LUMPUR - Duta Korea Utara, Kang Chol yang diisytiharkan 'Persona Non Grata'...

Ustaz Kazim Stabil Selepas...

IPOH - Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di...

Saman Gagal Pamer Cukai...

PETALING JAYA : Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan...

Uzbekistan Simpan Al-Quran Berbekas Darah Uthman

TAKDIR Allah SWT yang menetapkan Saidina Uthman Affan RA memerintahkan al-Quran dibukukan dalam bentuk mushaf, menjadikan umat Islam dapat melihat dan membaca kitab suci itu hingga akhir zaman.

Walaupun sahabat RA menghafaz al-Quran, Rasulullah SAW masih menyuruh mereka supaya menulisnya pada pelepah tamar, kulit binatang, tulang unta dan batu nipis.

Tugasan itu terpikul di bahu sahabat penulis wahyu, iaitu Zaid ibnu Tsabit RA, Ubai ibnu Kaab RA, Muaz ibnu Jabal RA dan Muawiyah ibnu Abu Sufyan RA, selain empat sahabat Baginda yang utama, Abu Bakar RA, Umar ibnu Khattab RA, Uthman RA dan Ali ibnu Abu Talib RA.

Perintah itu melambangkan sifat fatanah atau bijaksana yang dimiliki utusan Allah itu kerana selepas

Rasulullah SAW wafat, al-Quran sudah pun berjaya dikumpulkan selain ada yang sudah bertulis.

Penulisan al-Quran juga tidak terhenti pada zaman Rasulullah SAW, sebaliknya diteruskan Abu Bakar yang menjadi Khalifah ar-Rasyidun pertama selepas 70 penghafaz al-Quran terbunuh dalam Peperangan al-Yamamah ketika memerangi orang murtad.

Atas nasihat Umar, keseluruhan ayat al-Quran akhirnya berjaya dihimpun dan ditulis dalam suhuf, iaitu lembaran al-Quran yang dikumpulkan.

Pada zaman Khalifah Uthman pula, Islam berkembang luas hingga ke bahagian barat Afrika dan timur Azerbaijan.

Keadaan orang Islam yang bertaburan di merata-rata pelusuk dunia itu mendorong Uthman untuk memerintahkan pembukuan kitab suci al-Quran untuk mencegah perbezaan dalam pembacaan dan penulisannya.

Pembukuan mushaf selesai pada 652 M atau 19 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Salinan mushaf Uthmani dikirimkan ke pelbagai wilayah kaum Muslimin yang semakin luas ketika itu, sekali gus menjadi rujukan utama.

Antara yang masih wujud sehingga kini ialah mashaf yang disimpan di Perpustakaan Kompleks Hast-Imam, Tashkent, Uzbekistan. Malangnya, salinan itu hanya 338 halaman, iaitu sepertiga daripada isi al-Quran keseluruhannya.

Ketua Jabatan Pembangunan Pelancongan Republik Uzbekistan, Mirzakhidov M Mirtolib, berkata mushaf itu ditulis di atas kulit rusa dan bertulisan huruf Arab bergaya Hijazi, iaitu gaya penulisan bahasa Arab pada masa itu.

“Terdapat titik hitam pada mushaf itu yang dipercayai bekas darah Uthman RA yang syahid dibunuh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran di rumahnya.

“Sampel kesan darah pada kitab suci itu diambil dan selepas dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), disahkan darah manusia abad ketujuh, sezaman dengan Khalifah Islam ketiga itu.

“Malah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengakui mushaf itu ialah peninggalan bersejarah umat Islam,” katanya kepada BH.

UNESCO mengiktiraf mushaf Uthmani di Tashkent sebagai peninggalan bersejarah umat Islam.

Mirzakhidov berkata, berdasarkan sejarah, selepas kematian Uthman, mushafnya dibawa Saidina Ali ibnu Abu Talib KWA ke Kufah.


“Namun, kira-kira 700 tahun kemudian, pemerintah Asia Tengah, Amir Temur berjaya menakluk Iraq dan menemui mushaf itu lalu membawanya ke Samarkand.

“Hampir empat abad, mushaf itu berada di Samarkand sehinggalah orang Russia menguasai Samarkand pada 1868.

“Gabenor Russia kemudian mengirim al-Quran berkenaan ke St Petersburg dan disimpan di Perpustakaan Negara,” katanya.

Beliau berkata, ketika berlakunya Revolusi Bolsyevik, Vladimir Ilyich Ulyanov atau Lenin ingin menarik hati kaum Muslimin Russia dan Asia Tengah, lalu menghantar mushaf itu ke Ufa, Basykortostan.

“Namun, atas desakan daripada orang Islam di Tashkent, Mushaf Uthmani itu akhirnya dipulangkan ke Uzbekistan pada 1942 dan kekal hingga sekarang,” katanya. – BH ONLINE

INFO

Mashaf Uthmani di Uzbekistan

* Khalifah Uthman Affan RA memerintahkan penyusunannya pada 651.

* Ditulis di atas kulit rusa dan bertulisan huruf Arab bergaya Hijazi, iaitu gaya penulisan bahasa Arab ketika itu.

* Terdapat juga al-Quran Mushaf Uthmani tulisan bergaya Kufi yang digunakan pada abad ke-8.

* Tersimpan di Perpustakaan Kompleks Hast-Imam, Tashkent.

* Koleksi lain ialah sekitar 20,000 kitab dan 3,000 manuskrip berkaitan sejarah Abad Pertengahan, astronomi dan kedoktoran.

* Terdapat juga kitab hadis, hukum, tafsir al-Quran dan fiqh.

Kategori