Vanessa Angel Melacur Bayar Rumah, Kereta

JAKARTA – Dihimpit hutang keliling pinggang adalah punca utama aktres popular Indonesia, Vanessa Angel terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian yang dibongkar pihak berkuasa negara itu, baru-baru ini.

Vanessa, 27, adalah antara 45 artis dan 100 model Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam sindiket pelacuran berkenaan yang dikendalikan dua individu.

Jurucakap polis Indonesia, Luki Hermawan berkata, status semua artis dan model berkenaan ditukar daripada saksi kepada suspek.

“Siasatan kami mendapati dua individu berkenaan tidak merekrut artis dan model untuk menjadi pelacur, tetapi artis dan model ini termasuk Vanessa menawarkan diri untuk terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu,” katanya yang dipetik Tribun News.

Ujarnya, artis dan model ini meminta suspek membantu mereka mencari pelanggan kerana untuk mendapatkan wang atau untuk membayar hutang.

“Vanessa selalu meminta suspek mencarikan pelanggan kerana dia mahu menyelesaikan hutang yang menjeratnya.

“Keterangan ini semua kami peroleh daripada perbualan telefon dan sumber lain antara kedua-dua mereka,” jelasnya.


Menurutnya, Vanessa terbabit dalam aktiviti pelacuran berkenaan kerana mahu membayar wang ansuran kereta dan rumahnya.

“Vanessa antara yang paling aktif meminta dicarikan pelanggan dengan alasan untuk membayar wang ansuran kereta dan rumah,” katanya.

Pelakon itu dan seorang lagi selebriti ditangkap di sebuah hotel di Surabaya pada awal bulan ini kerana dipercayai melacurkan diri dengan bayaran Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164). – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...