Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Awal & Scha Tak...

WALAUPUN layak bergelar selebriti cilik, namun itu tidak bermakna pasangan pelakon dan pengacara...

Lelaki Ditembak Cuba Serang...

SHAH ALAM - Seorang lelaki cedera di peha kanan selepas ditembak polis berikutan...

Pemandu Cuai Punya Pasal

Klang - Akibat kecuaian orang lain, pasangan suami isteri dan cucu mereka berusia...

Aidil Fitri Kunci Penyatuan...

Di Hujung Jeti Bersarang Tempua, Jalan Berpaya Ke Sri Rambai, Hajat di Hati...

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan Ke 7 Negara Afrika

Mulai esok (27 Nov), Malaysia akan mengenakan larangan sementara perjalanan ke Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe kerana kebimbangan mengenai varian Covid-19 baru B.1.1.529, lapor Malaysiakini.

Ini bermakna rakyat Malaysia tidak akan dibenarkan melancong ke negara-negara ini untuk masa hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga mengumumkan bahawa kerajaan akan melarang ketibaan bukan warganegara yang telah melancong ke negara berikut dalam tempoh 14 hari yang lalu:

Afrika Selatan
Botswana
Eswatini
Lesotho
Mozambique
Namibia
Zimbabwe

Warganegara Malaysia dan pemegang pas pemastautin tetap yang tiba dari tujuh negara ini boleh memasuki Malaysia tertakluk kepada peraturan kuarantin.

“Mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusatg kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

“Dan mereka tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah,” kata Khairy dalam sidang media yang disiarkan petang ini.

Varian Baharu COVID-19 Dengan Pelbagai Mutasi Dikesan

Mereka juga akan mengambil sampel calitan mereka untuk tujuan penjujukan genomik.

Menteri itu tidak menyatakan tempoh sekatan ini akan dikuatkuasakan.


Tiada kes di Malaysia

B.1.1.529 telah digambarkan sebagai varian Covid-19 “paling bermutasi” yang ditemui setakat ini.

Ia dikesan di Botswana dan Afrika Selatan awal bulan ini. Dua kes yang disahkan telah ditemui di Hong Kong.

Khairy hari ini mengesahkan tiada kes seumpama itu dikesan di Malaysia setakat 26 Nov.

Tidak banyak yang diketahui setakat ini tentang kebolehtularan B.1.1.529 atau kesan varian itu terhadap keberkesanan vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengkategorikannya sebagai Varian di bawah Pemantauan (VOM) tetapi masih belum memberikan nama khas.

Laporan: Hong Kong Kesan Varian Baru Covid-19

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori