Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sekitar Majlis Resepsi Ke...

HAFIZ Suip dan Nureffy telah melangsungkan resepsi perkahwinan mereka yang pertama di Sarawak...

Tegur Mat Rempit, Pemandu...

TANPA disangka, teguran yang diberi kepada sekumpulan mat rempit mendatangkan musibah ke atas...

Simpan Motosikal Curi, Pengawal...

KUALA LUMPUR - Akibat menyimpan sebuah motosikal curi, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman...

Aura Kim Swee Pastikan...

KUALA LUMPUR – Selain bertanggungjawab merencanakan strategi perlawanan menakjubkan, ketua jurulatih skuad Bawah...

Varian VOC COVID-19 Sudah Menular Dalam Komuniti

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan penularan lebih meluas dalam komuniti sudah berlaku bagi sekurang-kurangnya satu jenis varian membimbangkan (VOC) di semua negeri di Malaysia.

KKM memaklumkan, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu berikutan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

“Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ia akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19,” katanya di Twitter, di sini, hari ini. 

Secara keseluruhan, terdapat 199 kes positif COVID-19 membabitkan 104 VOC iaitu B.1.135, B.1.1.7 dan B.1.167 selain baki 95 kes ialah varian mempunyai kepentingan (VOI) iaitu B.1.525 dan P.3 di seluruh negara, sehingga semalam.

Menurut KKM, Selangor merekodkan kes positif COVID-19 kategori VOC tertinggi dengan 42 kes, diikuti Sarawak 20 kes iaitu tujuh kategori VOC dan 13 (VOI).


“Sebanyak 18 kes positif COVID-19 kategori VOC dicatatkan di Kelantan, Kuala Lumpur pula 11 kes dengan sembilan daripadanya membabitkan VOC.

“Perak merekodkan 10 kes positif COVID-19 kategori VOC, tujuh di Kedah dan tiga di Pulau Pinang,” katanya. 

Menurut KKM, masing-masing dua kes positif COVID-19 dengan VOC dilaporkan di Negeri Sembilan, Johor dan Perlis manakala masing-masing satu di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah. – BH Online

Kategori