SETIAP yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.
Namun, bila dan bagaimana seseorang yang hidup itu meninggal dunia, itulah yang masih menjadi misteri.
Apa pun, setiap yang beriman pastinya berharap meninggal dunia dengan keadaan yang mudah dan senang.
Demikian yang berlaku menerusi satu rakaman CCTV ini, yang memaparkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang membayar tol di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut dilihat tiba-tiba rebah ketika hendak meneruskan perjalanan ke Johor Bahru setelah selesai membayar tol.
Seorang staf lebuh raya tersebut yang kebetulan berada di sebelah mangsa turut terkejut sebelum segera menahan motosikal mangsa dan memanggil orang ramai membantunya.
Berdasarkan tarikh rakaman CCTV, kejadian itu berlaku semalam ketika mangsa sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya di Singapura kira-kira jam 6 petang.
Rakaman itu turut mengundang keinsafan ramai memandangkan mangsa meninggal dalam keadaan yang mudah. – MYNEWSHUB.CC