Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Buruk Lagi...

BEIJING - Hujan lebat yang diramal berlaku hari ini hingga esok, dijangka memburukkan...

Pengasas Rompakan Terhebat Bermula...

Tidak pernah menembak, tidak pernah membunuh...sekadar penyamaran dan pujukan... itulah kehebatan Geng Mamak...

KPM Arah Siasat Dakwaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjalankan siasatan menyeluruh susulan...

Meteorologi Nafi Bakal...

JABATAN Meteorologi  Malaysia semalam menafikan khabar angin yang tersebar kononnya Kuala Lumpur dan Bukit...

Video COO Felcra Jerit Pekerja Di Ladang Sawit Tular

SATU klip video yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi Mahamor menjerit-jerit memarahi pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, klip video berdurasi 1 minit itu dirakam sewaktu Khairi melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini.

Berdasarkan klip vi­deo itu, Khairi berulang kali menengking pekerjanya di situ ekoran tidak menggunakan semula beg baja yang telah digunakan.

“Kalau tong racun itu kamu basuh ikut peraturan, kamu boleh pakai balik, apa lagi beg baja. Apa dosa dia?

“Kamu selalu ikut jalan mudah, tidak pernah nak explain (terangkan), semua nak ikut cakap orang, orang cakap ini ikut sahaja, tak pernah nak lawan. Terangkan!” jeritnya berulang kali.


Dalam pada itu, jurucakap Felcra Berhad ketika dihubungi Kos­mo! mengesahkan lelaki berkenaan adalah COO Felcra Berhad dan pihaknya sedang mencari punca kejadian tersebut berlaku.

“Ya benar individu tersebut adalah COO kami yang baru dilantik empat bulan lalu. Kami akan berikan maklumat lanjut berhubung isu ini selepas mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku,” katanya. – Kos­mo! Online

Kategori