Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

260 Anggota Polis Pastikan...

KUANTAN - Seramai 260 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan bagi mengawal aliran...

“PU Syed, Datang Jumpa...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nabila Huda, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU)...

5 Pemain Bola Sepak...

Sungai Buloh : Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan polis selepas...

12 Maut, Lebih 170...

BEIJING – Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila gempa bumi 6.5 magnitud menggegarkan barat daya...

Video: “Mak Bapak Punya Jalan Ke Dik?”

“TOLONGLAH pantau aktiviti anak-anak anda ni, kalau dah mampus kena langgar mulalah nak salahkan pemandu kereta.”

Demikian luahan netizen mengenai video tular sekumpulan remaja lelaki bermain basikal lajak di jalan raya tanpa mempedulikan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi perkongsian video daripada Kee Lim di laman Facebook yang dimuat naik sejak 16 Mac lalu, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kebun, Kampung Jawa Klang, Selangor membabitkan enam remaja lelaki berbasikal.

Dapat dilihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik bermain di tengah jalan itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.

Tidak setakat itu, beberapa buah kenderaan termasuk lori juga terpaksa memperlahankan dan memberi ruang kepada enam remaja terbabit untuk lalu di tengah-tengah jalan yang sibuk itu.

Sementara itu dalam video kedua, empat daripadanya membuat aksi superman di lorong kiri sebelum ke lorong kanan menyebabkan sebuah kereta terpaksa memperlahan kenderaanya kerana bimbang terlanggar kumpulan berkenaan.


Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan remaja terbabit yang dilihat langsung tidak menitik beratkan keselamatan diri.

Malah netizen turut menunding jari terhadap ibu bapa mereka yang tidak mengawasi anak-anak mereka.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu menerima perkongsian lebih daripada 8,300 dan ditonton sekurang-kurangnya lebih sejuta kali di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori