Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dari Imam Masjid Ke...

MESKIPUN hanya berlakon sebagai watak sampingan dalam telefilem Pok Ya Cong Codei yang...

Parti Akan Putuskan Nasib...

PUTRAJAYA - Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz...

3 Maut Tembakan Rambang...

LOS ANGELES - Seorang lelaki berpakaian seragam lengkap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS)...

Derita Ibu Sakit Kanser...

BALING - Pelbagai bentuk bantuan mula dihulurkan kepada Zarina Jusoh, 45, yang menderita...

Video: Ramai Gali Kepak Ayam Dibuang Di Bukit Aup

SIBU – Rakaman video orang ramai sibuk mengorek lubang dan mengutip kepak ayam sejuk yang dibuang di kawasan tapak pelupusan sampah di Bukit Aup, di sini menjadi tular di laman sosial.

Rata-rata dilihat berpusu-pusu bawa guni dan besen bagi mengutip semula tiga tan kepak ayam yang dilupuskan sejak Jumaat lalu. Ia terletak 11 kilometer dari bandar Sibu dan 420 kilometer dari ibu negeri Sarawak, Kuching.

Seorang penduduk enggan dikenali mengatakan sekurang-kurangnya antara lima hingga enam kontena kepak ayam ditanam di lokasi berkenaan, sekali gus mengubah suasana di kawasan terbabit seperti tapak ‘pesta kepak ayam’.

“Saya sendiri sudah memperoleh hampir seguni kotak ayam. Ada yang masih dalam keadaan baik dan beku ketika ditanam di kawasan ini,” katanya dipetik akhbar tempatan The Borneo Post.

Video: Ramai Gali Kepak Ayam Dibuang Di Bukit Aup

Tambahnya, dia sendiri tidak mengetahui dari mana sumber kepak ayam ini diperoleh dan berasa musykil mengapa sumber makanan yang masih elok dibazirkan begitu sahaja.


Namun lapor harian berbahasa Inggeris tersebut lagi, ada dakwaan juga yang menyatakan konon kepak berkenaan terpaksa dibuang kerana tidak boleh dimakan atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun menurul The Borneo Post, kepak ayam berkenaan dimusnahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Jumaat lalu susulan pemiliknya gagal membayar cukai berkaitan.

Video: Ramai Gali Kepak Ayam Dibuang Di Bukit Aup

Video: Ramai Gali Kepak Ayam Dibuang Di Bukit Aup

Difahamkan, antara lima atau enam kontena dingin beku mengandungi kepak ayam berkenaan dibawa masuk dari Semenanjung, khusus bagi menampung keperluan di wilayah tengah negeri ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori