Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tambang Istimewa Untuk Penumpang...

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan ketibaan pesawat terbaharunya, Boeing 787-9 Dreamliner di Lapangan Terbang...

Moral Pemain Lemah Pengadil...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui moral pemainnya yang lemah...

Keluarga Tak Sedar Ular...

KEHADIRAN seekor ular kapak dewasa menjalar di bahagian dapur rumah sebuah keluarga telah...

Polis Tahan Pelacur Di...

GEORGETOWN - Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka...

Video: Peserta Bersih Kena ‘Sound’ Dengan Akak Dalam LRT

NAMPAKNYA, kehadiran peserta demonstrasi haram Bersih 4.0 bukannya disenangi semua pihak. Tidak sahaja peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas keuntungan mereka dek terpaksa menutup premis demi keselamatan, malah ada penduduk turut berasa tidak puas hati.

Mana taknya, kalau dilihat dari sudut kebanjiran mereka yang berarak di tengah-tengah jalan raya tanpa mempedulikan hak majoriti masyarakat yang tak terlibat, pastinya ia memberi natijah buruk seperti kesesakan dan kemungkinan berlakunya kecelakaan.

Selain itu, pengangkutan awam seperti Aliran Transit Ringan (LRT) turut terjejas kerana kebanjiran mereka menganggu perjalanan pengguna lain.

Video: Amoi ‘Bersih’ Kena Sound Dek Mat Salleh “Jangan Biadab!”

Melalui satu video yang mula mendapat perhatian netizen, ia memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan tak puas hati dengan tindakan pendemo memenuhi sekitar Kuala Lumpur ketika saat negara sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-58.

Dengan lantangnya, Akak bertudung tersebut membuat ‘ceramah’ percuma kepada penumpang-penumpang LRT yang memakai baju berwarna kuning lambang Bersih 4.0 tentang tindakan tersebut. Siap ‘speaking’ lagi tau…


Akak Sound Peserta Bersih Dalam LRT oleh mynewshub

Sambil melaungkan tentang keinginan majoriti rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Kebangsaan 2015 dalam suasana aman, dia dengan lantangnya menepis satu persatu hujah yang diperkatakan para peserta Bersih.

“The majority of people wants to celebrate Hari Kemerdekaan peacefully.” Itu antara hujah yang diberi Akak tersebut walaupun beberapa individu melakukan provokasi terhadapnya.

Malah tanpa gentar pada durasi 0.32 saat, dia melaungkan “You shut up” pada seorang individu yang terlebih dahulu menjerit ayat sama kepadanya. Nah, terus menikus wanita tersebut lepas kena tengking dengan Akak itu.


Selain itu, dia juga turut menyindir peserta Bersih yang menggunakan pengangkutan LRT yang disediakan kerajaan untuk melakukan mogok terhadap kerajaan. Ya, kalau difikirkan balik, memang ironi kan?

“…Using the LRT. Why don’t you walk. The majority of rakyat pays for this. We don’t want this illegal demonstration. “

Terus menegakkan kenyataannya, Akak tersebut juga berkata, seharusnya mereka mendapatkan permit sah sebelum melakukan perhimpunan tersebut.

Dari satu sudut, keberanian wanita berkenaan harus dipuji kerana dia tidak takut untuk menggunakan konsep ‘freedom of speech’ bagi menzahirkan pandangannya.

Walaupun dia berdiri seorang diri sambil dikelilingi peserta Bersih, tapi itu sedikit pun tak mematahkan semangat Akak terbabit membalas hujah mereka, satu demi satu.

Malah, tindakan peserta Bersih yang merakamkan video tersebut dan kemudiannya menyebarkannya di Internet sememangnya biadab dan tidak beretika kerana dia telah melarang berbuat demikian.

Sudahlah tak amanah, mungkin si perakam ingat ramai akan mengutuk Akak tersebut kerana kenyataan tegasnya tapi malangnya, reaksi dari orang ramai pula sebaliknya. Kasihan betul.

Apa-apapun, rasanya lebih manis andai Akak terbabit tidak mengguna pakai perkataan yang kasar walaupun apa yang dinyatakannya benar. Ingat, budi bahasa budaya kita. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori