BAHANA penyembur lada, seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa menahan kesakitan selepas diserang di salah sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
Dalam kejadian dramatik yang dipercayai berlaku semalam itu, mangsa cedera selepas diserang dengan penyembur lada.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Jalan Bunus, Masjid India namun tidak diketahui punca sebenar insiden berkenaan.
Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial memaparkan seorang anggota DBKL terbaring dengan beberapa anggota keselamatan lain cuba membantu mangsa.
Mangsa kelihatan menutup mukanya seakan-akan menahan kesakitan sebelum dibawa ke sebuah hospital bagi menerima rawatan. – MYNEWSHUB.CC