Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cetak Kertas Soalan Di...

KUALA LUMPUR - Persoalan utama  dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah...

PRK Chempaka: Trend Keluar...

KOTA BHARU - Trend keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

Tentera Zionis Tembak Bilik...

GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bilik hospital, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan...

MyTeksi, Aplikasi Pencegahan Jenayah...

KUALA LUMPUR - MyTeksi, sistem aplikasi pencegahan jenayah, dilancarkan hari ini bagi membolehkan...

Video: Tayar Kereta Baru Lesap Kurang 2 Minit

MEMILIKI kereta baharu atau aksesori kereta yang cantik memberi risiko kepada si pemilik untuk dijadikan sasaran kepada aktiviti kecurian.

Maka faktor keselamatan kenderaan perlu sentiasa diutamakan termasuk meletakkan kenderaan di tempat yang terbuka dan mudah dilihat.

Pun begitu, malang nasib bagi seorang pemilik kereta jenis Honda City apabila keretanya yang baru sahaja sehari dibeli, telah dikebas keempat-empat tayar di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Menurut pengguna Facebook bernama Eddy Teh Wei Soon, dalam kejadian pada 1 Jun lalu, rakannya yang enggan didedahkan identiti meletakkan kereta barunya itu di kawasan berdekatan pejabat.

Namun biarpun diletakkan di kawasan yang terbuka dan dipenuhi kenderaan lain, keempat-empat tayar dan rim keretanya tetap dicuri pada siang hari.

Katanya, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan meletakkan kenderaan bersebelahan dengan kereta mangsa.

Kemudian berpura-pura menukar tayar yang bocor, bagi tujuan mengaburi pandangan orang awam terhadap kegiatan tersebut.

Lebih mengejutkan, Wei Soon berkata suspek hanya mengambil masa kurang daripada seminit untuk mencabut keempat-empat tayar kereta milik mangsa.


Ini sekaligus menggambarkan betapa pencuri itu memiliki pengalaman dan kepakaran yang tinggi dalam menjalankan kegiatan jenayah itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook itu turut memaparkan kelibat suspek lelaki dipercayai menaiki sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan kenderaan mangsa, secara bersahaja mencabut tayar kereta jenis Honda City itu.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau tidak, dan anggaran kerugian juga tidak dimaklumkan.

Susulan itu, Wei Soon menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan memarkir kenderaan di kawasan yang senang dilihat serta mempunyai sistem keselamatan yang baik.

“Sekiranya anda menyaksikan aktiviti yang mencurigakan, sila hubungi polis dengan segera. Lakukan tugas anda untuk membendung kegiatan jenayah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori