Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Di Usia 48 Tahun,...

PELAKON seksi siri Baywatch, Pamela Anderson sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil berbogel...

Lima Modul Hospital Hadapan...

JOHOR BAHRU - Lima modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba...

Sekin Hotel & Resort...

SABAK BERNAM - Resort milik Datuk Seri Jamal Yunos, Sekin Hotel & Resort,...

Mayat Pekerja Bangladesh Berjaya...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan sebahagian...

Vietnam Berhasrat Pikat 18 Juta Pelancong Asing Pada 2019

HANOI – Sektor pelancongan Vietnam digesa bekerja lebih keras untuk menarik 18 juta pelancong asing pada 2019, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Nguyen Ngoc Thien.

Sasaran itu ditetapkan pada satu persidangan baru-baru ini untuk mengkaji prestasi Pentadbiran Kebangsaan Vietnam pada 2018 dan merangka pelannya bagi 2019.

Thien telah meminta sektor itu memfokus kepada promosi pelancongan di pasaran utama, sekali gus memikat lebih ramai pelancong dan memastikan pertumbuhan dalam bilangan pengunjung.


Pada 2018, sektor pelancongan Vietnam menikmati hasil yang memberangsangkan dengan mencatat sejumlah 15.6 juta pelancong antarabangsa dan 80 juta pelancong domestik.

Jumlah pendapatan mencecah 620 trilion VND (kira-kira US$26.55 bilion).

Bagi tahun ini, sejumlah 380 syarikat pelancongan baharu menerima lesen perniagaan antarabangsa manakala 4,678 individu menerima lesen sebagai pemandu pelancong baharu. – BERNAMA

Kategori