Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Pengendalian Kertas Soalan...

BESUT - Kementerian Pendidikan telah melakukan pembaharuan dalam penambahbaikan terhadap sistem pengendalian kertas...

3.8 Juta Pengguna Bakal...

SEBANYAK 814 kawasan di sekitar Lembah Klang yang melibatkan lebih 3,892,641 pengguna bakal...

Buat Pembedahan Plastik Kerana...

Yuncheng (China) - Satu pasangan kembar lelaki seiras yang berkahwin dengan sepasang lagi...

Kim K Tewas, Bukan...

BINTANG sensasi televisyen, Kim Kardashian yang popular menerusi siri Keeping Up With The...

Wanita, Bebaskan Diri Anda Dari Hipotiroidisme

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa masalah kelenjar tiroid atau hipotiroidisme lebih kerap menyerang wanita berbanding lelaki.

Terutamanya buat wanita mengandung, risiko gangguan kelenjar terbabit paling lazim berlaku ketika hamil disebabkan penghasilan hormon tiroid di dalam darah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh.

Pengerusi Program Kesedaran Hipotiroidisme, Ubah Hidup Anda, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, apabila seseorang wanita hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metabolik yang semakin meningkat untuk bayi yang dikandung.

Malangnya, simptom-simptom hipotiroidisme mungkin akan diabaikan dan dianggap sebagai kesan sampingan daripada kehamilan, lalu menyebabkan penyakit ini tidak dikesan.

“Apabila wanita yang menhidap hipotirodisme tidak dirawat di peringkat awal, ia akan membahayakan ibu dan bayi. Ibu yang hamil mungkin akan mengalami tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, dan kenaikan berat badan berlebihan.

“Bayinya pula mungkin akan mengalami masalah pembelajaran dan perkembangan. Hipotiroidisme ketika hamil tidak sepatutnya diambil ringan,” katanya.

Wanita, Bebaskan Diri Anda Dari Hipotiroidisme
Pelancaran kempen kesedaran hipotiroidisme, Ubah Hidup Anda, dianjurkan Merck Malaysia dengan kerjasama Persatuan Metabolisme dan Endokrinologi Malaysia (MEMS).

Beliau berkata demikian sempena pelancaran kempen kesedaran hipotiroidisme, Ubah Hidup Anda, dianjurkan syarikat farmaseutikal, Merck Malaysia dengan kerjasama Persatuan Metabolisme dan Endokrinologi Malaysia (MEMS) di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Kempen itu menggalakkan orang ramai khususnya golongan wanita menjalani pemeriksaan dan jika perlu mendapatkan rawatan untuk hipotiroidisme. Penganjur turut berharap dapat mendidik orang ramai mengenai tanda-tanda penyakit terbabit supaya penyakit dikesan awal dan rawatan dilakukan secepat mungkin.

Perasmian kempen disempurnakan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Haji Azman Abu Bakar. Turut hadir, Presiden MEMS, Dr. Zanariah Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck Malaysia, Ee Boon Huey.

Prof. Nor Azmi menambah bahawa sesetengah wanita yang mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal juga mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT), iaitu dalam masa setahun selepas bersalin.


Beliau menjelaskan PPT sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkan sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit ‘postpartum mood’. Wanita dengan PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hiportiroidisme kekal dalam tempoh lima ke 10 tahun seterusnya.

Wanita, Bebaskan Diri Anda Dari Hipotiroidisme
Dari kanan: Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Datuk Haji Azman Abu Bakar dan Presiden MEMS, Dr. Zanariah Hussein.

Beralih tumpuan kepada wanita berumur 60 tahun, Prof. Nor Azmi menekankan bahawa warga emas sangat terdedah kepada penyakit ini ekoran peningkatan paras kolesterol dan trigliserida dalam darah.

Ini seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung iskemik dan kegagalan jantung. Ia juga mungkin mengakibatkan kelemahan otot, kemerosotan memori, percakapan dan pemikiran menjadi lambat, di samping meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit Alzheimer.

“Malangnya, sukar untuk hipotiroidisme dikesan di kalangan warga emas. Simptom-simptom lazim penyakit ini seperti sering berasa sangat sejuk, kenaikan berat badan mendadak, sembelit yang kronik dan kemerosotan mental dan fizikal sering disalah anggap sebagai tanda-tanda biasa penuaan.

“Kewujudan beberapa penyakit kronik serta kesan sampingan ubat-ubatan juga menyerupai atau menyembunyikan lagi simptom-simpton hipotiroidisme,” katanya.

Secara kesimpulannya, Prof Nor Azmi menyarankan semua wanita supaya mendapatkan maklumat utuk memahami penyakit ini dan beliau menasihatkan sesiapa yang mungkin mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan untuk membebaskan diri dari hipotiroidisme.

Orang ramai dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hipotiroidisme di kalangan wanita di www.tyl.my atau di laman Facebook Transform Your Life – TYL. – MYNEWSHUB.CC

Kategori