Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mesir Pecat 41 Hakim...

KAHERAH – Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan seramai 41 hakim supaya bersara wajib...

Casing QuickCircle Bagi Peranti...

Seperti Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8, LG G3 juga akan didatangkan...

Pemuda BN Sabah Harus...

KOTA KINABALU - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan...

Putra 2.0 Kembali, Tawar...

KANGAR : Perlis Ultra Marathon (Putra) 2.0 bakal kembali pada tahun ini menerusi...

Wanita ‘Besi’: Dulu Tauke Kosmetik, La Ni Tauke Balak!

INDAH sungguh ciptaan Allah! Manis senyumannya, redup matanya… Dah ada yang berpunya atau belum?

Kalau dah otak berniaga, apa saja benda dia boleh usahakan. Siapa kata perempuan tak boleh jadi tauke kayu balak? Ni dah ada sorang ni tauke balak perempuan. Cantik lagi!

Nur Syamimi Shamsudin, 25, merupakan tauke kilang kayu balak yang berasal dari Kelate. Cantik belaka orang Kelantan ni kan.

Tapi sebelum tu, jika ada sesiapa yang berharap untuk masuk meminang… Tolong batalkan niat anda tu sebab Syamimi sudah pun berkahwin! Jangan frust okayy jejaka semua.

Kalau anda semua nak tahu juga, Syamimi dan suaminya telah dikurnaikan darjah Indera Mahkota oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sempena ulang tahun keputeraan baginda sultan. Dah berpangkat Dato’ dah pasangan suami isteri ni.

Syamimi bukan saja menjadi usahawan kilang kayu tapi dia juga merupakan pengasas produk kecantikan Belle Vous Resources (BRV). Patut lah cantik je mek ni, jual produk kecantikan rupanya.

Kilang kayunya itu juga turut diusahakan bersama dengan suami tercinta, Ali Akmaluddin Ali Zaik. Alhamdulillah… Muda muda dah kahwin, rezeki pun bertambah.

Sempena hari raya yang lepas, Syamimi telah pun memberi bonus dan juga duit raya kepada staf dan pengguna produk BVR miliknya itu. Wowww, murah rezeki si cantik ni.


Jangan ingat wanita cantik tak boleh duduk tengah panas okay. Syamimi siap bersolek, pakai baju rambu ramba lagi tengah panas waktu majlis pelancaran kilangnya pada bulan lepas.

Bagi wanita dekat luar sana, anda boleh jadikan Syamimi sebagai idola untuk berjaya. Cuba untuk ceburkan diri dalam perniagaan lain daripada yang lain. Supaya dekat situ orang boleh nampak kemampuan anda. – MYNEWSHUB.CC 

*Video sekadar hiasan.

 

Kategori