Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lepas Isu Tajaan Baju,...

SIAPA sangka hanya kerana isu tidak mendapat tajaan busana bagi konsert Gegar Vaganza...

Laporan Akhir RIPAD Wilayah...

KUALA LUMPUR - Kajian Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) bagi Wilayah Selatan...

Kadar Kompaun Ditularkan Tidak...

KADAR bayaran kompaun baharu bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula bulan ini...

Jangan Jadikan Hak Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan hak yang dijamin kerajaan untuk berhimpun sebagai satu...

Wanita Ditipu RM100k Beli 40 Coli, Seluar Dalam Sakti

BEIJING – Seorang wanita dari wilayah tengah China ditipu sebanyak 168,000 yuan (RM106,421) apabila terpedaya membeli lebih 40 set pakaian dalam yang konon ada ‘kuasa sakti’ jika dipakai.

Menurut laporan media tempatan, kes pelik ituĀ berlaku apabila bekas pengurus sebuah kedai snek yang berusia 35 tahun bernama Li, dari Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, berkawan dengan seorang pelanggannya bernama Wei.

Selepas mula berkenalan pada akhir tahun lalu, mereka bersahabat baik selama beberapa bulan sebelum Wei kemudian menjemput Li melawat sebuah klinik kesihatan dan kecantikan di wilayah Hanyang baru-baru ini.

Mereka turut ditemani seorang lagi wanita tempatan bernama Ou.Ā Semasa berada di sana, Wei dan Ou memberitahu Li bahawa klinik itu menggunakan teknik perubatan lama Cina untuk meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ia supaya dapat membantu seseorang wanita itu kekal muda, lapor akhbar Chutian Metropolis Daily.Ā Dengan bantuan seorang pekerja, mereka meyakinkan Li untuk bayar 8,000 yuan (RM5,067) bagi satu set pakaian dalam.

Mereka bahkan mendakwa ia dilengkapi dengan ‘teknologi khas’ yang boleh menghasilkan semula kaedah rawatan rahsia klinik berkenaan untuk wanita berusia lanjut dapat kekal awet muda, tambah laporan media tersebut.


Dengan jualan itu dijamin, Wei dan Ou kemudian meyakinkan Li untuk membuka sebuah kedai pakaian dalam sendiri, yang dikatakan mampu membuahkan hasil mewah kerana keunikan produk coli dan seluar dalamnya.

Li yang dikatakan agak terpedaya akhirnya telah memberi lebih 160,000 yuan (RM101,354) untuk memborong lebih 40 set pakaian dalam wanita ‘sakti’ tersebut sebagai stok kedainya, menurut laporan akhbar berkenaan lagi.

Bagaimanapun, Li tidak dapat jual kesemua pakaian dalam itu dan selepas tiga bulan mencuba, mangsa baru sedar bahawa dia sebenarnya ditipu dan busana tersebut tiada apa-apa keistimewaan.Ā – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah sekadar hiasan

Kategori