Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pasangan Tak Malu Buat...

SEORANG lelaki ini ditangkap telah melakukan hubungan seks secara terang-terangan bersama pasangannya di...

40 Orang Awam Rentung...

BEIRUT - Kejayaan rejim Syria dengan bantuan Russia hampir menawan Ghouta sepenuhnya perlu...

Boy Tiger Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' dihadapkan ke Mahkamah...

Dua Jari ‘Beku’ Qobin...

DUA jari tangan kiri penjelajah negara, Muhammad Mugharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dikhuatiri...

Wany Cabar Diri Nyanyi Atas Pentas Besar

HANYA bermula daripada menjadikan nyanyian itu sekadar hobi, siapa sangka kini si cantik manis, Wany Hasrita telah meletakkan dirinya ke dalam satu tempat yang selesa sebagai pendatang baru.

Namanya mula disebut selepas kejayaan single pertamanya, Menahan Rindu telah menjadi hit dan sering diputar di corong radio tempatan.

Tontonan klip video lagu tersebut malah telah mencapai sebanyak hampir 28 juta kali sejak dimuat naik di Internet pada Disember tahun lalu.

Kini, gadis berusia 25 tahun itu bakal mempertaruhkan dua buah lagu hitnya, Menahan Rindu dan Di Sana Cinta Di Sini Rindu bersama dengan pasangan duetnya, Tajul pada pentas akhir program Muzik-Muzik 32.

“Ada perasaan takut tapi lebih 90 peratus kepada cabaran untuk saya. Lagipun saya memang perlu cabar diri. Takkan saya nak nyanyi dekat pentas-pentas karnival dan show biasa sahaja.

“Jadi, saya perlu masuk bertanding di pentas yang lebih besar,” kata Wany kepada mStar Online.

Dalam kehangatan kedua-dua lagu nyanyianya, Wany sekali lagi tampil dengan satu lagu terbaharunya, yang bertajuk Rintihan Rindu.

Meskipun tajuk kedua-dua lagunya mempunyai perkataan yang sama iaitu ‘rindu’, Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau Wany menegaskan bahawa kedua-dua lagunya itu mempunyai kelainan dari segi vokal.


“Mulanya saya rasa takut juga kalau ada yang keliru dengan tajuk dua lagu tersebut yang menggunakan perkataan yang sama iaitu rindu.

“Walaupun jalan cerita dua lagu tersebut sama juga, tapi lagu yang terbaharu ini lebih kepada sudah pasrah dengan apa akan terjadi.

“Kelainan pada lagu itu juga ada satu bahagian yang memerlukan vokal yang tinggi,” tambah Wany yang merupakan graduan dalam Ijazah Sains Perubatan dari Management Science University (MSU) Shah Alam.

Semoga dengan pencalonan kali pertama ini akan membawa lebih banyak rezeki kepada Wany sendiri. Maklumlah berjaya dalam usia yang muda merupakan impian semua orang.

Kini, Wany telah berjaya mencapainya walaupun dalam masa yang singkat. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori