Warga China Berang Ditegur Serang Pegawai Imigresen

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warganegara China bertindak di luar jangkaan apabila menyerang pegawai Imigresen selepas ditegur dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 malam selepas pegawai imigresen bertugas menempatkan tiga individu warga China termasuk seorang wanita di ruangan penempatan sementara pelawat asing yang ditolak kemasukan atau ‘Not To Land’ (NTL) di lapangan terbang tersebut.

“Kejadian berlaku apabila dua pegawai Imigresen bertugas melihat dua lelaki China tersebut berada di kawasan ruangan menunggu wanita sebelum mengarahkan mereka beredar ke ruangan menunggu untuk lelaki.

“Mereka bagaimanapun enggan mematuhi arahan yang diberikan dan mula bertindak agresif termasuk meninggikan suara sebelum menumbuk serta menolak pegawai Imigresen bertugas.

“Pergelutan kemudiannya berjaya dihentikan apabila beberapa pegawai Imigresen lain yang terlihat kejadian itu datang memberikan bantuan. Susulan kejadian itu, kedua-dua pegawai Imigresen yang diserang telah mengalami kecederaan ringan seperti lebam dan luka-luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Khairul Dzaimee, ketiga-tiga warga China tersebut pada asalnya telah dikenakan notis NTL mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tujuan kemasukan yang meragukan serta tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan jadi mereka telah ditempatkan di ‘Holding Area’ iaitu ruangan menunggu untuk penerbangan pulang ke negara asal.

“Berikutan kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai terlibat bagi menjaga kepentingan jabatan dan tiga individu berkenaan pula telah dihantar pulang dan akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia,” tegas beliau.

Untuk rekod, antara syarat kemasukan ke negara ini adalah memiliki pasport atau dokumen perjalanan antara bangsa yang diiktiraf dan sah, memiliki visa, tiket perjalanan balik yang sah dan perbelanjaan yang mencukupi serta bukan imigran larangan.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...