Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

Buktikan ‘Crown’ Itu Wajar...

PELAKON Datin Seri Umie Aida berpendapat kejayaan Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling...

Pelajar Tingkatan 3 Mati...

TASEK GELUGOR - Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini mati lemas...

Video: Air Terjun Larangan...

SIAPA sangka, disebalik pembangunan di kawasan Puchong, Selangor terdapat satu tempat yang diibarat...

Belgium Ucap ‘Sayonara’ Pada...

MOSCOW: Belgium bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 3-2 dalam masa kecederaan...

Watson Nyambek Antara Pembawa Obor Sukan SEA

MIRI – Bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek merupakan antara pembawa obor Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Taman Negara Mulu yang juga dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Acara dimulakan dengan penyerahan obor oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala kepada ADUN Telang, Usan Dennis Ngau selaku pelari pertama obor dan seterusnya berganti-ganti dengan pembawa obor lain.

Larian obor tersebut melibatkan lebih 20 peserta dengan jarak larian enam kilometer, melibatkan pelbagai lokasi antaranya Kampung Batu Bungan dan Lady Cave.

Watson menjadi pembawa obor terakhir dengan menyerahkan obor kepada Residen Bahagian Miri, Sherrina Hussaini dan seterusnya kepada pemangku Residen Bahagian Sibu, Katis Noel Nyambong, yang menjadi lokasi larian obor seterusnya.

Larian obor Sukan SEA ke-29 untuk Sarawak bermula pada Khamis lepas dengan lokasi pertama di Limbang. – BERNAMA

Kategori