Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Sertai Gotong Royong...

PASIR MAS - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai...

KPM Betulkan Infografik Buku...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera membetulkan infografik pada...

DAP Sambut Baik Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP Selangor menyambut baik keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan...

Musang Pulut Hidangan Eksotik...

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mendapati...

Wow! Belajar Ngaji Dalam Jet Mewah Bernilai RM93.4 Juta

PERNAHKAH anda terbayang akan mengikuti kelas mengaji Al-Quran di dalam jet peribadi serba mewah? Kini, itu bukanlah satu mimpi apabila syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn. Bhd. menawarkan kelas mengaji di udara.

Kelas yang dikendalikan johan qariah tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman itu turut menyediakan pakej kepada pelanggan untuk memilih destinasi ketika mengikuti kelas mengaji tersebut.

Pelbagai pakej yang ditawarkan, berharga ratusan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit!

Pelanggan boleh memilih pakej di dalam atau luar negara termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Difahamkan, pakej yang ditawarkan bukan sahaja untuk penerbangan pergi balik tetapi juga boleh melibatkan penginapan dan lawatan di destinasi tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Menerusi sebuah video dimuat naik di Facebook Sharifah Khasif Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas mengaji beliau bersama beberapa anak muridnya di dalam pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta) sebelum ia berlepas ke Dubai dan pulang semula ke tanah air pada keesokan hari.

“Pada mereka yang mahu bersama dengan saya dalam jet peribadi ini atau anda boleh terbang selama 100 jam dan jet ini akan menjadi milik anda.

“Kita akan kendalikan kelas di dalam jet ini,” katanya jet tersebut menempatkan sembilan tempat duduk dan boleh membawa enam hingga 13 peserta dalam satu masa bergantung kepada keadaan dan jenis pesawat.

Penyertaan kelas tersebut dikatakan telah dibuka sejak Sabtu lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Perkhidmatan secara ekslusif ini adalah untuk mereka yang berkemampuan dan dilakukan sekurang-kurangnya sejam untuk penerbangan pergi dan sejam lagi bagi penerbangan pulang.

“Secara purata, caj yang dikenakan adalah lebih kurang AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan. Sebagai contoh, penerbangan ke Dubai mengambil masa tujuh jam dan tujuh jam lagi pulang ke Malaysia.

“Kita juga menawarkan pakej promosi 100 jam penerbangan yang membolehkan pelanggan mengikuti kelas mengaji pada bila-bila masa dalam tempoh setahun ke mana-mana destinasi menggunakan masa penerbangan itu,” kata Pengarah Elite Jets, Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha yang dipetik dari mStar.

Nik Eleena berkata, terdapat tawaran yang lebih rendah untuk orang ramai merasai pengalaman belajar mengaji di dalam jet peribadi.

Menurutnya, orang ramai boleh merasai pengalaman mengaji di dalam jet dengan bayaran RM2,000 tanpa diterbangkan ke mana-mana.

Jelasnya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja susulan caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Nampaknya, trend upah bagi mengikut kelas mengaji sudah berubah mengikut keadaan semasa kerana jika dahulu, kelas mengaji dan khatam Al- Quran di pondok semuanya dibayar seikhlas hati dan apabila keadaan ekonomi semakin meningkat, kadar yang dikenakan boleh mencecah RM20 hingga RM30.

Jadi, bagi mereka yang berkemampuan bolehlah mengikuti kelas mengaji Al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet peribadi serba mewah ini sambil melancong. – MYNEWSHUB.CC

Kategori