Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Paderi Ditahan Cabul Gadis...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi bagi membantu siasatan...

Pencemaran Bau, SAINS Tutup...

SEREMBAN - Seramai 44,828 pengguna di daerah ini dan sebahagian kawasan Port Dickson...

Parti Komponen BN Perlu...

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi kali pertama...

Nelo Vingada Jurulatih Baharu...

KUALA LUMPUR - Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai...

Wow.. KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

TIDAK lama dahulu, media sosial pernah dikecohkan dengan budaya Raver yang dikatakan mula jadi ikutan remaja di negara ini.

Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.

Lebih-lebih lagi apabila video-video tarian mereka yang tak ubah seperti tarian ‘sotong’ kepanasan mula menjadi perhatian sehingga ada di antaranya terlalu lucu untuk ditonton.

Kini, apa yang lebih memeningkan lagi kepala apabila pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan hipster.

Seorang remaja yang menggunakan nama ‘Manjanakkduittraya’ di aplikasi WeChat memuat naik satu amaran kepada kumpulan hipster akibat tidak berpuas hati kononnya salah seorang rakan dari kalangan ‘ravers’ telah dipukul.

Wow.. KLCC Akan 'Bermandi Darah' Sabtu Ini?

Menurutnya, dia menyeru seluruh ahli kumpulan Raver agar turun beramai-ramai di Suria KLCC Sabtu ini untuk membalas dendam atas perbuatan kumpulan Hipster berkenaan.

Hasil tinjauan kami di laman sembang berkenaan juga mendapati, seorang lagi individu yang menggunakan nama ‘Uchu’ dari kalangan kumpulan Raver mendakwa dia telah dipukul oleh remaja Hipster, dan mahu nasibnya dibela oleh rakan-rakan yang selama ini menganggap kumpulan Hipster sebagai musuh mereka.


Wow.. KLCC Akan 'Bermandi Darah' Sabtu Ini?

Entah apa pula ‘drama’ yang ingin dicetuskan oleh mereka disebabkan sebelum ini, pernah tersebar khabar akan berlaku pergaduhan besar-besaran di antara kedua-dua kumpulan remaja berkenaan walaupun akhirnya, tiada apa berlaku di tempat yang dikatakan tersebut.

Jadi, sama-sama kita tunggu sama ada benar atau tidak nasib ‘Uchu’ akan dibela oleh rakan-rakan seperjuangannya pada Sabtu ini.

Sebagai hiburan, di sini kami kongsikan tarian yang sering dimomokkan dengan kumpulan ini, enjoy! – MYNEWSHUB.CC

*Rave adalah singkatan daripada perkataan ‘Radical Audio Visual Experience’ dan istilah pesta Rave pertama kali dipakai pada tahun 1980-an dan 1990-an.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori