Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Penjaga Gol Melaka United...

MELAKA: Penjaga gol simpanan pasukan bola sepak Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18,...

SPR Nafi Terlibat Klip...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah...

Tarian Poco-Poco Yang Bikin...

VIRAL menerusi laman penstriman video YouTube sebuah video sekumpulan wanita menari tarian poco-poco...

Veterinar Negeri Sembilan Proaktif...

SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengambil langkah proaktif dan berjaga-jaga susulan...

Yusuf Azmi, Ali Salimin Mengaku Tidak Bersalah

KAJANG – Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi bersama Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi.

Baca: Yusuf Azmi, Ali Salimin Hadir Ke IPD Kajang

Dua aktivis PPIM tersebut didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dan pencerobohan ke atas sebuah garaj kereta di sini pada Julai lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 27 tahun dan 50 tahun itu didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd., Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang sekitar jam 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah di lokasi dan tarikh yang sama, pada antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam.


Bagi pertuduhan itu, kedua-dua aktivitis itu didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Memetik laporan Harian Metro, Yusuf dan Ali telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 setiap seorang dan pihak mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dalam kes ini telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Tharih Afendi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori