Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Najib Ziarah Jenazah Maznah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi...

Sharnaaz: Filem Ganas Bukan...

SELAIN Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor yang tidak bersetuju dengan kenyataan...

Sifar Aduan Kebersihan Bazar...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Pahang tidak menerima sebarang aduan berkaitan kebersihan atau keracunan...

Penjual Sayur Dijel 3...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual sayur dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan rakan...

Zakir Naik Fail Saman Terhadap Ramasamy

PENCERAMAH bebas, Dr. Zakir Naik memfailkan saman terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnahnya.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Akberdin & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 16 Oktober lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Zakir sebagai plaintif mendakwa Ramasamy sebagai defendan ada mengeluarkan dan mengaibkan beliau dalam beberapa kejadian.

Menurutnya pada 10 April 2016, Ramasamy didakwa memfitnahnya dengan memanggilnya dengan gelaran tidak sopan dan dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Selain itu, Zakir mendakwa pada 1 Oktober 2017, defendan sekali lagi membuat pernyataan fitnah terhadapnya dan artikel mengenainya dimuat naik di dalam laman portal Free Malaysia Today (FMT) pada tarikh sama.

Plaintif juga mendakwa pada 11 Ogos lalu, defendan didakwa memanipulasikan jawapannya ketika berucap dalam ceramah dianjurkan kerajaan negeri Kelantan.

Pernyataan fitnah itu didakwa disiarkan di laman sosial FMT pada tarikh sama.


Pada 20 Ogos 2019, defendan sekali lagi didakwa mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap plaintif dan disiarkan media antarabangsa iaitu India Today.

Zakir mendakwa pernyataan itu tidak berasas dan defendan berniat jahat tanpa membuat sebarang pengesahan mengenai kebenaran berhubung semua tuduhan itu.

Semua pernyataan fitnah itu membawa maksud seolah-olah plaintif berperwatakan jahat dan menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

Oleh itu, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau memuat naik pernyataan fitnah di mana-mana medium.

Selain itu, plaintif menuntut permohonan maaf, ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan serta relif lain yang difikirkan wajar. – myMetro Online

Kategori