Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Panama Papers: Penyiasatan Bermula,...

PIHAK berkuasa antarabangsa telah membuka penyiasatan memantau aktiviti individu-individu terkaya dan paling berpengaruh...

Petugas HSA Dibantu Tentera...

JOHOR BAHRU - Petugas dan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini sibuk...

Kereta Mewah Rasmi APEC,...

PORT MORESBY - Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan...

Edar Dadah, Tukang Cat...

Kota Bharu : Seorang tukang cat rumah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Zii Jia Kena ‘Gam’ Dua Tahun

Kuala Lumpur : Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak akan mendaftarkan Lee Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari 2022.

Keputusan itu dibuat selepas pemain nombor satu negara itu menyerahkan surat peletakkan jawatan kepada badan induk itu 11 Januari lalu.

Perkara berkenaan dimaklumkan pada satu sidang media khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden BAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang BAM, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Jahaberdeen turut memaklumkan bahawa tindakan yang sama turut dikenakan kepada seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang meninggalkan badan induk itu pada 11 September lalu dengan hukuman berkuatkuasa 31 Oktober 2021.

Jahaberdeen bagaimanapun memaklumkan kedua-dua pemain berkenaan dibenarkan untuk membuat rayuan kepada BAM dalam tempoh yang tidak ditetapkan.

“Bunyi tindakan ini macam hukuman tapi yang terhukum adalah negara dan BAM. Tapi kita kena buat sesuatu.

“13 tahun bersama pusat latihan negara dan bila pemain ternama menarik diri ia akan memberi banyak kesan kepada pembangunan, penajaan dan kewangan.


“Tapi kedua-dua pemain itu boleh membuat rayuan dan keputusan itu boleh dinilai semula atas alasan munasabah dan untuk kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata, BAM berhak untuk mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana pemain berdasarkan kontrak yang sudah ditandatangani oleh mereka sebelum ini.

Ditanya sama ada Zii Jia berpeluang untuk menyertai tiga temasya utama seperti Sukan Sea, Komanwel dan Asia Jahaberdeen berkata, Zii Jia masih boleh berbuat demikian namun tertakluk kepada keputusan bersama mengambil kira kepentingan negara.

Juara Seluruh England itu sebelum ini menghantar surat peletakkan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu yang mana dia mengatakan bahawa jadual yang pada serta tekanan yang diterima menjadi punca mengapa dia membuat keputusan itu.

Zii Jia yang berusia 23 tahun itu turut mendakwa keputusannya itu tidak didorong oleh isu wang ringgit namun dia mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian.\

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori