Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kedai Lampu 2 Tingkat...

SANDAKAN - Sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat musnah dalam kebakaran...

Empat Penjuru Di Machap,...

KLUANG : Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Layang-layang, Paloh dan Kahang menyaksikan persaingan...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama...

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan...

Sembilan Pelajar Hadapi Tuduhan...

Chukai : Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini...

Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu

BERPAKAIAN baju kurung atau kebaya mungkin menjadi pilihan lazim bagi golongan wanita Melayu apabila tibanya Hari Raya Puasa tetapi tidak bagi dramatis terkenal, Zila Bakarin.

Tahun ini, aktres kelahiran Kedah yang berusia 42 tahun itu tampil berani apabila memilih untuk menggayakan baju Melayu Teluk Belanga siap dengan sampin berona kuning sebagai busana keluarganya menyambut bulan Syawal.

Malah Zila turut menggayakan dua anak perempuannya, Kaseh, 8 tahun; dan Chinta yang kini berusia 5 tahun, dengan gaya serupa iaitu memilih baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang untuk anak-anaknya.

Menurut portal tempatan mStar Online, nasib baik Zila atau nama sebenarnya iaitu Rosmawati Bakarin itu tidak pula memakaikan suaminya sendiri, Azri Azhar dengan busana baju kurung atau kebaya moden!

Walaupun ia barang kali agak jarang dibuat orang kebanyakan, namun Zila dan anak-anaknya pula dilaporkan tetap kelihatan bergaya dan anggun ketika mengenakan baju Melayu lengkap tersebut ketika sibuk pergi beraya.

Ramai pengikut Zila menerusi laman Instagram turut memuji keberanian pelakon berkenaan tampil dengan kelainan selain ada peminat wanita yang ingin mencuba idea unik tersebut pada hari raya tahun hadapan.

Tidak kurang juga ada netizen usik agar Zila sekeluarga memakai baju kurung pada tahun hadapan pula sebagai menampilkan kelainan ketika sambutan perayaan. Macam mana rupa agaknya suami Zila pakai baju kurung ya?

@syam0nz: Ko wat hal kak baju Melayu, tetapi ia sangat comel! Ok tahun hadapan saya nak baju Melayu juga.


@syuhaida.abraz: Kakak! Cantiknyaaaa pakai baju Melayu!

@ara_3112: Kak Zila kami pun rasa nak pakai macam ini tahun depan. Macam lawa pulak tengok akak tadi.

@izaahmad: Ia sangat rare tetapi cantik… Nak pakai juga tahun hadapan, Insya-Allah.

@putera_awie: Haha… tahun depan semua pakai baju kurung pula!

Nampaknya keberanian Zila tampil memakai baju Melayu boleh menjadi ikutan ramai. Ayuh sama-sama kita tunggu untuk raya Aidilfitri pada tahun hadapan pula! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori