Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PPBM Pinda Perlembagaan, Kaedah...

ALOR SETAR - Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dipinda bagi membolehkan...

Bayi 13 Bulan Dibedah...

SEOLAH-OLAH tidak percaya apabila bapa dan ibu kepada seorang bayi 13 bulan mendapat...

Niena Baharun Terima Maki...

PELAKON Niena Baharun mengakui dirinya telah membuat ramai orang berang. Semuanya gara-gara watak Husna...

Jangan Politikkan, Manipulasi Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Ziyad Cipta Sejarah Kalahkan Atlet Normal

KUALA LUMPUR – Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand di Kompleks Sukan Universiti Thammasat di Bangkok hari ini.

Muhammad Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.07 meter pada lontaran kelima untuk mengatasi dua atlet tuan rumah, yang masing-masing melakukan lontaran 16.80m dan 16.53m untuk memenangi pingat perak dan gangsa.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu melakukan lontaran pertama sejauh 16.67m, 17.00m (kedua), 15.83m (ketiga) dan 16.07m (keempat).

Muhammad Ziyad turut menewaskan rakan senegara, Adi Aliffuddin Hussin yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura 2015, yang sekadar menduduki tangga keempat dengan lontaran sejauh 15.96m.

Untuk rekod, lontaran dibuat Muhammad Ziyad itu mengatasi catatan pemenang pingat perak Sukan SEA 2015, Chatchawal Polyiam dari Thailand yang melakukan lontaran sejauh 17.05m di temasya berkenaan.

“Alhamdulillah, dapat mengharumkan nama negara sekali lagi di Thailand Open (Terbuka Thailand). Catatan balingan 17.07m di balingan kelima. Syukur tak terhingga,” katanya menerusi akaun Instagram.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau mahu melihat Muhammad Ziyad dan seorang lagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly (lompat jauh) meraih pingat di temasya Sukan SEA ke-29.


“Cabaran saya kepada Ziyad dan Latif sebab mereka sudah layak dan disenaraikan untuk menjadi atlet bagi Sukan SEA adalah untuk menang bertanding dengan atlet normal yang lain.

“Harapan saya untuk Ziyad dan Latif pada tahun ini, agar mereka dapat menang pingat di Sukan SEA, bukan di Sukan Para ASEAN sebab saya rasa mereka akan menang pingat emas (Para ASEAN),” katanya pada sidang media selepas Dialog TN50 di sini hari ini.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada atlet kebangsaan, bekas atlet, penggiat sukan dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan turut serta dalam program dialog berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ziyad

Kategori