Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

Kabinet Lanjut Perjanjian Operasi...

KUALA LUMPUR - Perjanjian operasi (OA) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilanjutkan...

2,166 Kes Baru, Satu...

Sebanyak 2,166 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,523,018.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Kem Tentera Milik Turki...

MOGADISHU - Turki pada Sabtu merasmikan pangkalan tentera berharga US$50 juta terletak di...

Kegiatan ‘Gadis Ting-Ting’Terbongkar

EMPAT gadis termasuk seorang berusia 14 tahun, ditahan kerana dipercayai aktif memerangkap mangsa...

Zul Huzaimy, Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki

ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan kepada Zul Huzaimy yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata pada Sabtu lalu.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki menerusi beberapa entri di akaun instagram miliknya berkongsi berita gembira tersebut selepas isterinya, Nur Ernawati Mohamad selamat melahirkan anak mereka.

Difahamkan, isteri kepada pelakon itu melahirkan bayi lelaki seberat 3.48 kilogram di di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota kira-kira pukul 11.20 pagi.

Menurut Zul, perasaannya amat berdebar-debar ketika isteri dimasukkan ke wad tambahan pula dia tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Isteri saya masuk wad sekitar 9 pagi dan selepas dua jam akhirnya selamat bersalin. Perasaan gembira dan syukur saya sukar digambarkan.

“Setakat ini bayi masih di wad kerana belum membuang air besar. Dalam proses menunggu ini, sempatlah saya melukis muka bayi dan muka kakaknya.


“Nama untuk bayi juga belum ada. Saya mengharapkan agar dia jadi pakar dalam bidang seni bina selain mengimpikan dia hafiz Al Quran dan kitab-kitab lain,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Zul bagaimanapun bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan gembira akan kehadiran anak kecil itu yang semestinya bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori