Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KM Pun Terpalit Kes...

GEORGE TOWN - Ini mungkin satu senario paling lawak dan ajaib dalam dunia...

Pemandu Teksi Warga Emas...

BESUT - Seorang pemandu teksi warga emas berumur 62 tahun cedera di kepala...

60 Rumah Musnah Dalam...

TAWAU - Kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 60 rumah di blok...

Memperkenalkan Tablet Ternipis Di...

Dell nampaknya telah mengorak langkah dengan pengenalan peranti terbaru mereka dalam arena tablet.Dinamakan...

Zulkifli Dilantik Sebagai Anggota Majlis Hukama’ Al Muslimin

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.

Zulkifli berkata, pelantikan dan kepercayaan diberikan merupakan amanah untuknya bagi membawa mesej Islam sebagai agama menyeru kepada perpaduan dan keamanan.

“Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada Pengerusi Majlis Hukama’ Al Muslimin, Dr Ahmad Muhammad Al-Toyyid yang telah menyampaikan hasrat beliau untuk melantik saya sebagai salah seorang anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.

“Semoga pelantikan saya ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada Malaysia bahkan kepada dunia Islam keseluruhannya,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Majlis Hukama’ Al-Muslimin adalah sebuah institusi antarabangsa yang menghimpunkan para ulama, sarjana dan cendekiawan yang dikenali khususnya kerana pendekatan yang berhikmah, cakna keadilan, kebebasan dan kesederhanaan (wasatiyyah).


Institusi itu terdiri daripada 12 ahli majlis akan bekerjasama bagi mempromosikan keamanan, menolak keganasan.

Ia juga meneliti punca konflik dan perpecahan umat Islam. – Sinar Harian

Kategori