• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JSAHMS Ditutup Untuk Kerja Naik Taraf Mula 10 Julai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup kepada semua kenderaan dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang bermula 10 hingga 14 Julai ini untuk kerja-kerja menaik taraf melibatkan KM 16.4 hingga KM 18.6.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), laluan arah timur ke Batu Kawan (KM 16.4 hingga KM 18.6) akan ditutup dari 10 hingga 13 Julai manakala laluan arah barat ke Batu Maung (KM 16.04 ke KM 18.6) ditutup pada 14 Julai.

JKSB berkata penutupan itu bagi memudahkan pemasangan sensor pada pilon di arah sebelah timur.

“Sensor itu merupakan sebahagian daripada elemen di bawah modul Sistem Pemantauan Kesihatan Struktur (SHMS) oleh Sistem Pengurusan Aset Bersepadu (IAMS) yang dibangunkan oleh JKSB untuk penyelenggaraan jambatan itu.

“Aliran kontra akan diaktifkan dalam tempoh berkenaan bagi memudahkan aliran trafik ke, dan dari Pulau Pinang serta gangguan lalu lintas dijangka minimum,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pengguna JSAHMS diingatkan supaya mematuhi arahan dan papan tanda jalan di lokasi terlibat serta mematuhi had laju.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi JKSB di talian 1-300-30-2828 atau e-mel kepada aduan@jambatankedua.com.my atau lawati laman Facebook mereka di www.facebook.com/jsahmsofficial serta mengikuti akaun Twitter @jsahmsofficial untuk perkembangan terkini. – BERNAMA

Tags: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shahtutup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd