Semalam, ada yang masih cuba memesongkan sejarah dan menjaja cerita dongeng kononnya dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari UMNO sebab mempersoalkan 1MDB,
Mengarut.
Dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan Julai 2015 sebab dia sudah berkomplot dengan Mahathir sejak tahun 2014 untuk jatuhkan saya.
Ini diakui oleh anak Tun Mahathir sendiri di mahkamah (melainkan dia menipu mahkamah).
“Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada Khamis mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini Khamis.”
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/07/13/mukhriz-mengaku-tun-m-jatuh-najib
Dia bukan tak biasa dengan perkara khianat.
Dia khianat Pak Lah untuk jadi Timbalan Presiden UMNO.
Dia khianat saya.
Dia khianat Tun Mahathir dan PH (sehingga dia bertanding atas tiket PKR) untuk jadi Perdana Menteri.
Dan dia juga dipecat dari UMNO dengan keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi setahun kemudian pada bulan Jun 2016 sebab dia berkempen bersama DAP, PKR dan Tun Mahathir bermula di acara menipu “Selamatkan Malaysia” pada bulan Mac 2016.
Jika dia masih lupa kenapa dia dipecat dari parti, boleh tanya Hisham, Khairy atau Annuar Musa yang turut terlibat dalam keputusan memecatnya dari UMNO.
-Najib Razak